Google+ Followers

Saturday, February 20, 2010

TAUTAN KASIH BERSAMA DI GENTING HIGLAND

Pada hari Selasa yang lalu iaitu 16hb Febuari 2010 merupakan kenangan terindah bersama rakan-rakanku bagi meraikan ulang tahun kelahiran sahabat karib kami di Genting Highland. Sahabat karib kami yang di perkatakan itu adalah Saudara Mohd Firdaus Bin Liman. Pada hari tersebut, kami mengikut perancangan yang telah di rancang pada awalnya, Seramai 13 orang menyertai perjalanan indah kami ini iaitu saya sendiri, sahabatku dari Kelantan (Mezi), Aznin dan Poji dari UTP, Firdaus (SUNAT), Ibnu (BANA), Nik (WARAS), Azim (SINDERELA), Rashidi (LOOKEY), Ega. Lily, Fareez (KIAMBANG) dan “Kay”.

Perjalanan berpusatkan di KFC tingkat 1, KTM KL Central jam 7.30 pagi, tetapi berlaku sedikit kesulitan apabila beberapa rakan terlewat untuk seketika dan tiket perjalanan yang sepatutnya di beli untuk perjalanan jam 8.00 pagi telah habis di jual di kauter khas Genting Highland. Hasil musyarakah antara ahli kumpulan, kata putus telah didedikasikan buat semua, perjalanan akan di teruskan ke Gombak bagi mendapatkan tiket terdekat iaitu jam 11.30 pagi, manakala tiket yang sedang di jual di KL Central adalah tiket jam 12 Tengahari. Tiba sahaja di Gombak, tiket jam 11.30 pagi telah abis di jual dan tiket jam 12 Tengahari sedang di jual. Terlalu ramai yang beratur, akhirnya kami menaiki teksi yang merangkumi kesemua pakej ke Genting, kami terpaksa membayar RM60.00….. lebih daripada budget yang telah di rancang..

Namun itu bukan halangan untuk kami bersama menikmati kebahagiaan di Genting Highland bersama….Tiba je kami di Genting terpaksa berbaris panjang untuk naik kereta kabel. Hampir sejam kami berbaris akhirnya kami dapat juga menaiki kereta kabel untuk ke puncak. Setiba sahaja ke tanah suci…ewah… ingat MEkkah ke?? Tibe je kat Genting kami terus ke Theme Park OutDoor.. Saksikanlah kegembiraan kami yang tak dapat di ungkap….


GAMBAR 1: Sempat bergambar dalam LRT sebelum sampai ke Gombak...


GAMBAR 2: Apa lagi, kemera dah "standby".."POSE" je la... huhuhu...


GAMBAR 3: Azim, Mizi, Nik(Wyra's) dan Fareez(kiKy)...


GAMBAR 4: hahahah.. pantang bergambar.. "posing je la"... hahaha....


GAMBAR 5: Wyra's sempat bergambar kat Ballroom Genting CabelCar...


GAMBAR 6: Kehadiran ramai orang membuatkan barisan untuk naik kereta kabel menjadi lebih panjang...


GAMBAR 7: Hahahah dalam barisan pun boleh pula bergambar dengan BaduTtT, Fizz dapat "LoVe" special untuk ulang tahun kelahiran die....


GAMBAR 8: Sampai je kat puncak, kami terus bergambar di pintu utama ke CabelCar...


GAMBAR 9: Berjalan pun nak teman gak kan.. kata bicTh tHeme... huhuhuhu


GAMBAR 10: Bergambar kat air terjum OutDoor Theme Park...


GAMBAR 11: Mizi dan Mezi...


GAMBAR 12: Bergambar semasa nak naik "smalles roller coster...."


GAMBAR 13: Mizi, Kay, Wyra's, Ibnu.. dan yang kat belakang tu tetibe je leh terselit,,hahahah nama dier Aznin...


GAMBAR 14: Alamak ter"OVER" pula...


GAMBAR 15: Cantekk barisan biCtH...


GAMBAR 16: ni lagi bIcThhhh...truely bicth...


GAMBAR 17: Banyaknye gambar kat sini??? hm....


GAMBAR 18: Mizi dan Azim... ada macam MoDellLL tak???...huhuhuh


GAMBAR 19: Masing-masing pasrah masa terlalu singkat bersama....


GAMBAR 20: Sempat bergambar dengan Ular Sawa belaan..tapi yang biCtH yang laiN tue ular JadiAn la.. hahahaha....

p/s: Memang best dapat menikmati saat2 bahagia ni bersama gan korg... thanks u olzz

Tuesday, February 9, 2010

Annual General Meeting Persatuan Siswa Bistari 2010

Pada 9hb Febuari 2010, jam 9.00 malam bertempat di blok U001-U002 yang lalu, Persatuan Siswa Bistari telah melakukan Annual General Meeting buat semua syarikat yang bernaung di bawah persatuan Siswa Bistari. Siswa Bistari merupakan persatuan keusahawanan yang terbentuk melalui perjanjian MOU antara Johor Coorporation bersama Universiti Teknologi MARA Segamat Johor. Antara syarikat yang bernaung di bawah Persatuan Siswa Bistari adalah Syarikat Fast Food Corner (2FC) Sdn Bhd, Syarikat Al-Biz Café Sdn Bhd, Syarikat Alam Dobi Sdn Bhd, dan Syarikat Ez-Transport, keempat-empat syarikat ini yang telah bertahan sepanjang penubuhan Persatuan Siswa Bistari sejak Julai 2004.

Pada pertemuan malam tersebut, majlis telah di pengerusikan oleh Encik Basaruddin Shah selaku Pengarah Persatuan Siswa Bistari merangkap “Business Consultant” bagi semua syarikat Siswa Bistari. Encik Basaruddin telah menasihati semua syarikat agar melakukan urus niaga secara ikhlas disamping beramal kepada Allah. Selain itu, beliau juga menyeru agar syarikat-syarikat yang ada melakukan pembaharuan yang jelas menjurus kearah pembinaan insaniah usahawan muda.

Majlis di teruskan dengan penjelasan dari Puan Azreen, selaku Timbalan Pengarah Persatuan Siswa Bistari merangkap “Business Consultant” bagi semua syarikat Siswa Bistari. Dalam ulasan beliau, beliau menjelaskan segala pentadbiran persatuan sejak dari pertubuhan sehingga kini telus tanpa sebarang tembok yang menghalang hujah beliau. Puan Azreen juga selaku pencatat minit pada malam tersebut telah menerangkan serba sedikit perancangan aktiviti yang akan di laksanakan pada tahun 2010.

Ucapan setiap pengarah syarikat juga tidak ketinggalan, bermula dari Syarikat Alam Dobi Sdn Bhd iaitu Saudara Syafiq, beliau menerangkan turun naiknya perniagaan mereka dan juga membuat promosi bagi syarikat mereka. Di samping itu, Saudara Syafiq juga turut berkongsi plan perniagaan untuk manfaat semua syarikat Siswa Bistari.

Seterusnya ucapan dari Pengarah Syarikat Fast Food Corner (2FC) Sdn Bhd iaitu Saudara Mohammad Noor Afiq Bin Mohamad Isnan, dalam ucapan beliau, beliau akan berusaha menaikkan nama syarikat sekaligus membantu pelajar baru memahami konsep keusahawanan yang betul melalui penerapan pelajar sebagai pekerja sementara di syarikat beliau.

Syarikat Al-Biz Café Sdn Bhd juga turut berucap iaitu Saudara Al, beliau menunjukkan profil syarikat yang baru sahaja di tubuhkan pada Julai 2009, beliau menjelaskan secara jelas latar belakang syarikat yang di ambil alih dari Fantasai Café Enterprise pada pentadbiran yang lalu. Ucapan beliau banyak berunsurkan ukhwah dan motivasi yang mampu mengeratkan hubungan antara syarikat. Penjelasan dari beliau dan juga Syarikat Fast Food Corner telah menjalinkan persahabatan seperti adik beradik, dan harapan beliau agar semua syarikat juga dapat melakukan hal yang sama.

Ucapan terakhir dari Pengarah Ez-Transport iaitu Saudari Sha, beliau menjelaskan pada majlis bahawa pengurusan mereka berjalan lancar, namun ada kesulitan melalui tempat penyimpanan aset mereka dan juga ketiadaan ahli syarikat lelaki sehingga di kolej lelaki mereka terpaksa berhenti dari beroperasi.

Majlis di teruskan dengan pelantikkan ahli jawatankuasa yang baru, Saudara Al, iaitu pengarah Syarikat Al-Biz Café telah dilantik menjadi Yang Di Pertua Persatuan Siswa Bistari. Semua syarikat percaya bahawa Saudara Al mampu mengubah Persatuan Siswa Bistari menjadi persatuan yang unggul dimata umum. Dengan harapan yang tinggi, kami berharap Saudara Al dapat melaksanakan amanah yang di berikan sebaik mungkin. Kami dari semua syarikat sudi menghulurkan bantuan jika perlu.

Berikut adalah gambaran semasa majlis berlansung :


GAMBAR 1: Kata-kata aluan dari pengerusi majlis selaku Pengarah Persatuan Siswa Bistari merangkap "Business Consultant', Encik Basaruddin Shah....


GAMBAR 2: Penjelasan dari Timbalan Pengarah Persatuan Siswa Bistari merangkap "Business Consultant', Puan Azreen....


GAMBAR 3: Ucapan dari Pengarah Syarikat Alam Dobi Sdn Bhd, Saudara Syafiq...


GAMBAR 4: Ucapan dari Pengarah Syarikat Al-Biz Cafe Sdn Bhd, Saudara Al....


GAMBAR 5: Ucapan dari Pengarah Syarikat Ez-Transport Sdn Bhd, Saudari Sha....


GAMBAR 6: Kehadiran ahli persatuan yang sangat memberansangkan...


GAMBAR 7: Sempat Syarikat Fast Food Corner (2FC)Sdn Bhd merakamkan gambar kenangan...

MAKAN MALAM BERSAMA PEMBANTU MAHASISWA SEMPENA MINGGU MESRA SISWA (PM MMS)

Pada 8hb Febuari 2010 yang lalu, sahabat karib Mizi iaitu Saudara Nik Azwan Bin Nik Mustapha telah memikul tanggungjawab berat sebagai peneraju makan malam PM MMS bersama pelajar semester satu. Sebelum majlis berlansung pada malam tersebut, banyak agenda di sebalik tabir yang amat meletihkan kami, di mana Mizi bersama Nik melaksanakan persiapan dewan pada awalnya. Kami menghias dewan sebaik yang mungkin sehingga kehadiran pelajar semester satu datang membantu.

Kehadiran mizi di sana adalah bertujuan untuk membantu kawan karib Mizi iaitu Nik. Kemudian Mizi di amanahkan untuk menghias pentas, dengan berbekalkan peralatan yang serba kekurangan untuk menyiapkan dewan, Mizi telah di bantu oleh beberapa orang yang sudi menghulurkan kudrat kasihnya.. Kami mendapat idea untuk menampilkan perhiasan pentas dengan sentuhan belon udara yang banyak. Idea kami membuahkan hasil apabila idea yang kami sumbangkan itu berjaya dilaksanakan.

Ketika majlis berlansung pada malam tersebut, segalanya berjalan dengan lancar, banyak agenda yang telah berlaku yang kami telah ketinggalan, namun kehadiran Mizi dan Nik menjadi tumpuan dewan apabila kami tampil dengan gaya tersendiri. Majlis berlansung dengan kemeriahan pengacara yang baik menguruskan acara, kemudian persembahan dari rakan-rakan PAC (Performing Art Club) dan banyak lagi. Yang paling menarik adalah bersembahan dari rakan-rakan dari semester satu bersama PM dan PAC. Seisi dewan hampir terbeliak biji mata mereka tatkala melihat persembahan bollywood dari mereka. Sepanjang perjalanan majlis Mizi kira baik sahaja perjalanananya, Cuma gangguan pembesar suara pada saat-saat akhir telah menganggu sedikit kemeriahan dewan, namun itu bukan halangan buat mereka untuk meneruskan majlis.

Berikut adalah bibit-bibit manis yang sempat kami rakamkan..


GAMBAR 1: Sempat merakamkan gambar kenangan bersama rakan karib, Saudara Nik Azwan/d'GorgEouS wYra's


GAMBAR 2: Gambar kenangan bersama rakan karib yang sudi membuat persembahan khas pada malam tersebut melalui Performance Art Club....


GAMBAR 3: Bergambar bersama rakan wanita Performance Art Club....


GAMBAR 4: Senyuman ikhlas dari Saudari Echa selepas membuat persembahan khas...


GAMBAR 5: "Wanita melayu terakhir" kata-kata yang di lafazkan oleh penonton tatkala melihat Saudari Fatin melakukan persembahan khas pada malam tersebut....


GAMBAR 6: "Posing" untuk koleksi bersama....


GAMBAR 7: Sesi bergambar yang agak manis di kalangan rakan karib...."Posing" yang mengancam dari Fareez dan Nik


GAMBAR 8: Inilah pelajar perempuan semester satu yang telah mempersembahkan gaya tarian bollywood medley pada malam tersebut....


GAMBAR 9: Bersama melemparkan senyuman manis, Mizi dan En. Ismail, Penasihat PM MMS pada Julai-Dis 2009....


GAMBAR 10: Pintu gerbang menjadi saksi sesi fotografi bersama pelajar semester satu kolej Sempana Riau...


GAMBAR 11: Saudara Nik merakamkan kenangan terindah bersama hasil ciptaan beliau, pintu gerbang simbolik pertemuan PM MMS dan juga pelajar semester satu....


GAMBAR 12: DRAMA team sempat bersama menikmati kebahagiaan yang jelas....


GAMBAR 13: Kenangan bersama....


GAMBAR 14: Perjalanan menjadi seorang model memang mencabar, lafaz Saudara Azim yang penuh dengan angan tak sudah...Bergambar ala "Victoria Secret 2009"

Saturday, February 6, 2010

INDAHNYA SEJARAH NEGERI SEMBILAN

Jumaat bersamaan 5 Febuari 2010, Mizi dan ahli kumpulan iaitu Saudara Mohd Faza Bin Bong Tamam, Saudara Mohd Rabbani Bin Wakiman, dan Saudari Salina Binti Mat Salim. Kami telah pun dibantu sepanjang perjalanan kami oleh rakan karib bagi Saudara Rabbani yang baru sahaja memasuki Universiti Teknologi MARA Segamat ini, iaitu pelajar semester satu, beliau adalah Saudara Hafiz. Destinasi kami adalah ke Muzium Istana Seri Menanti Negeri Sembilan . Izinkan Mizi menceritakan serba sedikit mengenai istana indah ini. Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Kini, memandangkan ia suatu warisan sejarah, istana itu telah berubah "peranannya" menjadi muzium. Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau.

Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.

Pengalaman kami ketika berada di istana sangat menarik perhatian, semua artifak yang di pamerkan jelas menunjukkan kebudayaan Negeri Sembilan sangat unik sehingga kini kita mampu melihat pengamalan budayanya di Negeri Sembilan khususnya. Kami telah di sambut mesra oleh Puan Rosnita dari pihak pentadbiran Istana Seri Menanti yang banyak membantu kami ketika melakukan kajian mengenai istana. Kami akan melakukan kajian semula di cawangan utama muzium iaitu di Seremban pada hari Khamis bersamaan 11 Febuari 2010. Doakan keselamatan kami pergi dan pulang.

Pihak kami Universiti Teknologi MARA, khususnya Fakulti Pengurusan Maklumat dengan penuh takzimnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan kerana sudi menerima kehadiran kami.. Berikut adalah bibit-bibit ceria yang sempat kami rakamkan:


GAMBAR 1: Muzium Istana Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.....pandangan hadapan istana...


GAMBAR 2: Kelihatan seperti Lamp Berger di atas meja makan Kerabat Diraja....


GAMBAR 3: Sesi perkenalan dan juga sesi soal jawab dua hala....


GAMBAR 4: Puan Rosnita memberi penerangan mengenai istana lama dan baru....


GAMBAR 5: Kenangan bersama Puan Rosnita dalam kunjungan ke istana....


GAMBAR 6: Cenderamata dari pihak kami sebagai sumbangan ikhlas kerana sudi menerima kehadiran kami....


GAMBAR 7: Tempat Kerabat Diraja bersiram suatu ketika dahulu....


GAMBAR 8: Sempat bergambar kenangan di depan Muzium Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan


GAMBAR 9: Mizi menunjukkan istana baru yang jelas dari jauh....


GAMBAR 10: Bergambar di tempat istiadat Kerabat Diraja Berarak sambil dijulang....


GAMBAR 11: Sempat bergambar di hadapan Dewan Makan Diraja yang baru, bersebelahan dengan istana lama.....


GAMBAR 12: Seronok Saudara Faza menghayati watak menjadi seorang Panglima Perang...