Hye, bercuti merupakan salah satu aktiviti yang mampu mengurangkan
tekanan (stress). Ini salah satu cara yang sangat effective untuk masa
sekarang ni.
Percutian HH bersama rakan-rakan sungguh menarik
apabila sahabat kami, D'Gojess Waras ada majlis perkahwinan kakak
beliau, kami menaiki kereta dari Shah Alam terus ke Besut. Pelbagai
kenangan indah yang dapat kami kongsi bersama. Banyak juga tempat menari
yang dapat kami kongsikan.
Makanan
Sepanjang berada di sana, pelbagai jenis makanan yang jarang sekali kita dengar
dan dapat makan kat KL ni. Contohnyer nasi air, che mek molek, cote,
colek, banyak la nama pelik-pelik. hahahah tapi banyak makanan yang
membuatkan HH rasa terengganu ni syurga makanan. Sebab pagi-pagi sahaja
sarapan bukan main berat- Nasi dagang, nasi kerabu.. wow.. Makanan orang
melayu sungguh menarik dan nikmat. Tapi kalo tersilap langkah...
hahahahah kencing manis la jawabnyer :)
Shopping
Banyak
tempat yang HH di bawa oleh kawan-kawan di area Kelantan dan Terengganu.
Jeti besut, Pasih Mas, Wakaf Che Yeh, Kuala Terengganu.. banyak la
sebenarnya. Kenangan dengan kawan-kawan sungguh indah. HH tak suka
bercerita sangat, HH suka berkongsi gambar dari berceloteh :)
Perkahwinan
Alang-alang dah di jemput datang kenduri perkahwinan kakaknyer Si D'Gojess Waras, apa lagi.. HH pun nak belajar la juga adat-adat Kelantan dan Terengganu ni. Rupanya di tempat mereka tak sama gan KL dan selangor. Lelaki dan perempuan mesti duduk di khemah yang berasingan. Lelaki buat kerja dapur dan mengemas, perempuan lebih keje menghias... di dapur plak, Datin Azizah, ibunya D'Gojess Waras yang meneraju masakan utama majlis. :) sangat sedap masak ayam cili, timun, arca dan sebagainya. Credit to Datin Azizah :)
Menarik tentang perjalanan kami ni adalah, dari Shah Alam, singgah ke Melaka dan menginap di rumah sewa Scha Qir dan menanti ketibaan Kay. Kami empat orang sahaja yang merancang dan bergerak ke Besut. dalam perjalanan kami, kami sempat singgah ke UiTM Segamat, bertemu rakan-rakan junior dan menerusi Pahang, Kelantan dan terus tiba ke Besut.
|
HH dan AQimie Ceplos, Junior di UiTM Segamat |
|
HH dan Mohammad Aizat, Junior paling nakal di UiTM Segamat!! |
|
Rakan-rakan junior yang menyambut kehadiran kami di UiTM Segamat |
|
Rakan-rakan junior ajak makan di luar, thank semua |
|
singgah ke kedai makan di Pahang |
|
Kay, D'Gojess Waras, Scha QIr and HH |
|
D'Gojess menikmati nasi air |
|
Scha Qir menambah asam limau bagi penambah perisa |
|
Ni la rupa sebenar nasi air |
|
Berjalan di Kota Bharu Mall |
|
Gambar di kaunter pertayaan pun kene snap :) |
|
Makan malam di KB |
|
Sedap sehingga menjilat jari |
|
Satay hidangan utama |
|
Menginap di hotel Wakaf Che Yeh, shopping pun dekat |
|
Sempat bergambar sebagai kenang-kenangan |
|
Singgah ke Tesco Kelantan |
|
Makan nasi ayam popular di Pasir Mas |
|
Nampak sedap kan ayam ni |
|
Nasi pun banyak |
|
Bergambar di pantai Besut |
|
Pemandangan yang indah |
|
Ais krim di gerai kampung |
|
Bertemu sahabat di Kota Bharu, Didi |
|
Didi, make up pengantin |
|
Pengantin Lelaki, merangkap abang ipar D'Gojess Waras |
|
Pengantin dan kawan rapat D'Gojess Waras- Aboy Aziz |
|
Perjalanan dari rombongan pihak pengantin lelaki |
|
Ketibaan pengantin perempuan, merangkap kakak kandung D'Gojess Waras |
No comments:
Post a Comment