Google+ Followers

Sunday, January 10, 2010

3 Sahabat tak sejiwa

Ada tiga sahabat, satu kura2..satu lagi katak..yang last ulat gonggok. Suatu hari

kura2 mengundang dua temannya kerumahnya buat jamuan kecil2an. So.. mereka bertiga

buat le pesta kecil di rumah kura2. Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain...

si kodok berkata :

"Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan tak?....Ha ...
patut..la rokok dah abis....... "

Kura2: "Iya la..sorryla gua lupa lak standby satu ....beli jer kat warong depan tuh!"

Katak: "apsal aku plak......kau kan tuan rumah"

Kura2: "ye la.... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi cepat "

Katak: "so kalau gitu mintak je ulat gongok tolong....

Kura2: "Oh iya ya.. ulat gongok tolong gi jap"

Ulat Gonggok: "aiya.....korang ajela"

Katak: "ala ..gi saja la kita orang dah undi kau"

Akhirnya si Ulat gongok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan Kura2 menunggu ......

Lima minit menunggu...si Ulat gongok tak tiba juga...10 minit..20 minit...satu jam...

dan sampai tiga jam Ulat gongok masih tak timbul-timbul.

Katak: "Ulat gongok pegi mana hah tak sampai-sampai..?"

Kura2: Iye la .. risau jugak, jom kita cari!"

Katak: "Jom..!"

Bila jer kura2 buka pintu...Ulat gongok sudah pun berada di depan pintu.

Kura2: "Hah tu pon dia..!"

Katak: "...mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?!"

U.G.: "..apa rokok-rokok...aku jalan pon belom..!!"

Katak: " Haah tak bergerak lagi ...jadi dari tadi buat apa...?"

U.G.: "Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi PAKAI KASUT..!!!!!"

Kisah 3 pontianak


Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk
siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan
tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan
untuk
memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2
minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.

Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"
Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu
itu...habiissss aku kerjakan!!!!"

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini
giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat
jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran
darah.

"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya,
nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!",
kata
pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak.
Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua
sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh
cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku
nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok
idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"
"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...

"Err aku tadi tak nampak".

p/s: Kredit kepada En. Haikal Ibrahim atas kiriman emel ini.