Televisyen dikatakan pasif kerana apabila kanak-kanak menontonnya, tiada hubungan berbentuk komunikasi dua hala dan yang pasti tiada hubungan kemanusiaan atau interaksi sosial.
Televisyen boleh dianggap sebagai `robot' yang membentuk keperibadian dan tingkah laku kanak-kanak. Memang tidak dinafikan ada elemen positif berbentuk pendidikan dan pemantapan emosi dalam beberapa rancangan televisyen yang direka khas untuk pembelajaran kanakkanak dan bersesuaian dengan mereka.
Gambar 1: Pemantauaan IBU BAPA memainkan peranan penting |
Gambar 2: Televisyen mampu mempengaruhi jiwa kanak-kanak |
Namun, apabila si kecil menonton bersendirian tanpa ditemani pengasuh atau ibu bapa, tiada bimbingan yang diberikan dan tiada sentuhan kemanusiaan dirasai. Apa yang salah atau betul, baik atau buruk tidak diperjelaskan kepada anak. Mereka hanya menerima bulat-bulat apa yang ditonton.
Hakikatnya, apabila si kecil menonton, hanya membabitkan mata dan telinga serta tiada pembabitan aktif secara langsung. Mungkin ada pergerakan fizikal, ia hanya berlaku kerana peniruan terhadap aksi dipertontonkan bukan pembabitan dengan aktiviti secara aktif.
Duduk diam menonton kurang stimulasi. Kurang stimulasi akan mendorong si kecil melakukan aktiviti sampingan, sambil tercengang menonton rancangan televisyen menghisap jari, menggentel rambut, menggigit kuku dan sebagainya.
Lama-kelamaan aktiviti sampingan dilakukan kerana rasa bosan yang melanda ini akan menjadi satu amalan kebiasaan.
Pengaruhi jiwa anak
Dari aspek perkembangan kognitif, kanak-kanak dalam lingkungan usia antara tiga hingga enam tahun, masih menghadapi kesukaran untuk membezakan antara sesuatu yang ada di depan mata, tapi berbentuk fantasi dan realiti.
Sesuatu yang ditonton akan dianggap sebagai benar atau hidup di alam nyata tidak kira sama ada ia suatu watak, objek atau perlakuan. Contohnya, apabila kanakkanak pada peringkat usia ini melihat watak kartun memukul atau membunuh watak yang lain, kemudian apabila watak yang mati kerana terkena pukulan yang kuat itu hidup semula, si kecil akan beranggapan bahawa memukul dengan kuat itu bukan suatu perkara yang menyakitkan dan boleh dijadikan gurauan, malah seseorang yang mati akibat pukulan kuat, tidak menghadapi masalah kerana dia boleh `hidup semula'.
Hal ini juga seiring dengan tanggapan kanak-kanak di peringkat umur ini yang sering melihat kematian itu sebagai suatu situasi seseorang yang tidur lama atau pergi ke suatu tempat yang jauh, tetapi lama kelamaan ia akan kembali semula.
Dari perspektif yang lain, situasi ini juga boleh mempengaruhi jiwa kanak-kanak. Rasa empati, rasa bersalah dan memahami apa yang dirasai oleh orang lain, tidak ditonjolkan dalam situasi ini.
Akibatnya, pemupukan tingkah laku positif atau kesedaran menunjukkan akhlak yang mulia sukar untuk dilaksanakan kerana apa yang ditonton dalam televisyen tidak menggambarkan apa sepatutnya menjadi contoh teladan kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak yang suka meniru perlakuan orang lain atau apa yang ditonton, watak super hero seperti ditayangkan suatu yang bahaya jika ditonton oleh kanak-kanak berusia dalam lingkungan usia dua hingga tujuh tahun terutama jika mereka menontonnya bersendirian.
Kanak-kanak pada peringkat usia ini, apabila melihat sesuatu watak, tingkah laku atau perlakuan; mereka akan meniru dan melakukannya tidak semestinya hanya pada ketika mereka menonton tetapi mereka juga biasa menangguhkan peniruan itu ke suatu masa yang tidak dijangka.
Tiada komunikasi dua hala
Ini dikenali sebagai deferred imitation. Bila ini berlaku ramai di kalangan ibu bapa atau pengasuh tertanya-tanya dari manakah si kecil `mempelajari' tingkah laku yang ditunjukkan tanpa menyedari tingkah laku berkenaan ditiru dari perlakuan yang dilihat suatu ketika yang dulu; sama ada melalui televisyen atau tingkah laku dalam dunia realiti.
Dalam konteks perkembangan bahasa, memang tidak dinafikan program rancangan pendidikan di televisyen membantu menambah perbendaharaan kata kanak-kanak.
Namun begitu, apabila komunikasi dua hala tidak berlaku, apa yang disebut atau yang dituturkan oleh si kecil berdasarkan apa yang didengar akan berlaku dalam bentuk parroting iaitu menyebut atau meniru tanpa memahami makna.
Apabila makna sesuatu perkataan tidak dikuasai dengan baik, ini menyukarkan si kecil untuk berinteraksi dalam konteks sosial dan ini juga boleh menyebabkan mereka tersilap faham dalam memahami sesuatu konsep.
Persekitaran alam semula jadi yang mengelilingi kehidupan kanak-kanak, norma dan tatasusila peradaban masyarakat di mana kanakkanak itu tinggal, bahanbahan yang berbentuk materials atau kebendaan yang ada di persekitaran kanakkanak; dan sesuatu berbentuk pengisian jiwa seperti asas agama, pemikiran, falsafah hidup dan sebagainya, kesemuanya ini dikategorikan sebagai elemen umum.
Elemen khusus pula merujuk kepada diri atau individu kanak-kanak dan remaja itu sendiri, seterusnya pendidikan diperoleh di rumah dan pendidikan yang diperoleh di sekolah.
Dari aspek lain, apabila kanak-kanak tidak atau kurang didedahkan kepada alam persekitaran dan kehidupan sebenar manusia, mereka akan menghadapi masalah nature disorder.
Persekitaran alam semula jadi yang mengelilingi kehidupan kanak-kanak, norma dan tatasusila peradaban masyarakat di mana kanakkanak itu tinggal, bahanbahan yang berbentuk kebendaan yang ada di persekitaran kanak-kanak; kesemua ini akan membentuk perilaku dan sahsiah seseorang kanak-kanak.
Hakikat yang perlu kita renungi, kehidupan kanakkanak pada hari ini seperti terputus dari dunia luar dalam konteks yang realiti. Kehidupan mereka dikelilingi dengan perkara atau objek yang canggih tetapi hanya di dunia maya, tidak di dunia sebenar, secara langsung dan semula jadi.
INFO
Tip menonton
- Elak biarkan anak menonton televisyen bersendirian dan melebihi dua jam sehari.
- Sentiasa berada di sisi anak semasa mereka menonton televisyen dan berkomunikasi dengan mereka bagi membimbing.
- Beri peluang kepada anak menerokai alam semula jadi dan mendapat pengalaman langsung.
Sumber dari Berita Harian (Artikel)
Sumber gambar-Yahoo
Perkongsian untuk semua pembaca blog HH. love you all..
No comments:
Post a Comment