Tuesday, December 11, 2012

Konvokesyen UiTM ke 77- Sidang 10 – Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Undang-undang



Gambar 1: HH menerima anugerah dari Pro-Canselor, Dato Wira


Gambar 2: Senyuman terukir tanda kegembiran di hati

Melakar sejarah apabila hari yang dinanti  telah pun tiba. Konvokation telah pun berlansung pada 28 November 2012, Rabu jam 7.30pagi di Dewan Agung Tunku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam. 

Penantian selama 2 tahun lebih ini telah membuahkan hasil apabila HH telah berjaya menamatkan pengajian dalam Kursus Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Maklumat dan Perpustakaan. 

Pada hari yang bersejarah ini, HH dihadiri oleh 2 insan terpenting dalam hidup HH iaitu ayahanda dan bonda tercinta. Kehadiran mereka bagaikan penyeri bagi hari penuh bermakna buat HH. Walaupun bonda dalam keadaan serba kekurangan tanpa kaki kanannya akibat pembedahan kencing manis pada tahun ini, namun bonda tetap gagah dan tabah meniti hari-hari bahagia buat anakanda bersama. Terima kasih bonda. I love you so much.
Gambar 3: Sempat bergambar keluarga, sehari sebelum konvo

Buat pengetahuan semua, HH telah menyediakan 7 jambak bunga untuk di hadiahkan kepada insan istimewa sepanjang HH belajar. Pertama sekali bunga yang paling besar adalah milik teman istimewa  D’Gojess Waras, pemberian bunga ini khas untuk D’Gojess kerana selama 5 tahun D’Gojess bersama susah, senang, suka, duka segalanya bersama HH dan D’Gojess. Susah untuk di terangkan, namun HH berasa gembira kerana kehadiran D’Gojess dalam hidup HH membawa berjuta erti dan terlalu bermakna. Walaupun banyak rintangan, dugaan dan cabaran yang menduga kami, namun D’Gojess masih tetap bersama HH untuk melayari badai menara gading. Ikatan yang telah tersimpul ini, biarlah terus tersimpul dengan kuat tanda kasih sayang antara teman selamanya. Kehadiran D’Gojess telah menjadikan HH diri sebenar dalam pencarian yang HH sendiri tidak pernah bertemu nokhtahnya. HH bangga dengan D’Gojess kerana HH menjadikan D’Gojess sebagai sumber inspirasi HH dalam segalanya. Susah untuk HH melupakan yang sebenarnya, yang terukir di bintang itu sebenarnya adalah teman sejati HH iaitu D’Gojessy. Beliau seorang bintang yang bersinar tatkala HH berada dalam kegelapan. CAhayanya membimbing HH dan membawa HH ke jalan yang di tuju.Terima kasih yang tak terhingga buat sahabat tercinta. NikAzwan Bin Nik Mustapha (D’Gojess Waras). Love you dear

Gambar 4: D'Gojess dengan Segulung Ijazah

Jambangan kedua HH hadiahkan buat rakan dan teman seperjuangan Si Rama-rama. Jambangan ini membawa erti penghargaan dan kasih kepada sahabat yang banyak memberi teguran, tunjuk-ajar dan bimbingan selama HH berada dalam kegelapan dan kebuntuan. Sukar untuk bertemu rakan yang mengasihi kita sehingga sanggup bersama, menegur dan membimbing kita untuk ke jalan kebaikkan, namun peluang itu telah dianugerahkan Ilahi buat HH dengan bertemu Si Rama-rama iaitu Nadiah Shahrum. Si Rama-rama bagi HH merupakan seorang insan yang sempurna, baik dari segi agama, perilaku, dan sikapnya, dari lubuk hati, HH sungguh mengagumi Si Rama-rama, berkaliber, bersifat pemimpin, rasional, gigih dan banyak lagi. Si Rama-rama merupakan ikon dan idola HH yang HH cukup kagumi. HH hanya mampu mendoakan si Rama-rama bahagia bersama insan tersayang dan berjaya di dunia dan akhirat. Semoga Allah pertemukan “apa yang si Rama-rama mencari”… Amin Ya Rabb..

Gambar 5: Kenangan bersama Pn.Zaina, Nadiah, En.Zaihan dan HH semasa di Kem Kepimpinan Gen-LIS

Jambagan ketiga, HH hadiahkan buat Mr.President. Banyak pengalaman dan cerita HH dengan Mr.President dari zaman diploma lagi, tak sangka hubungan HH sebagai seorang sahabat bersama Mr.President mula akhrab semasa HH berada di tahun 2 diploma. Mr.President seorang rakan dan teman seperjuangan yang HH buatkan menjadi musuh dan persaing HH, maksud HH bukan lah dalam aspek yang negative, tapi dalam aspek yang positif. Contohnya HH menjadikan Mr.President pesaing HH dalam belajar, berpesatuan dan banyak lagi. Sungguh menarik, kejayaan demi kejayaan HH berkongsi bersama Mr.President, Mr.President ni seorang yang sukakan persaigan, dan persaigan itu boleh di lihat dengan mendalami hatinya, tidak semua orang mampu mendalami hati Mr.President, adalah sebab musababnya, HH pun tidak mampu mendalami sepenuhnya, tapi bagi HH, Mr.President masih menjadi teman seperjuagan HH yang tidak akan HH lupakan. Mr.President merupakan seorang pendengar yang setia dan kawan yang sudi mendengar masalah kita. Bila HH berada dalam keadaaan yang sangan haru dan hambar, sayu dek menanti hujan mengalir.. Mr.President sanggup mendengar rintikan hutan itu. Terima kasih Mr.President, atau lebih dikenali dengan nama Mohd Arif Bin Hasnan.

Gambar 6: Kenangan bersama Mr.President SMF di Kursus Kepimpinan Organisasi

Gambar 7: Hanya sebagai kenangan
 
Tiga (3) jambagan seterusnya HH hadiahkan buat teman seperjuagan Ammar Hayat, Atikah Lotffi dan Alya Farahin. Mereka antara sabahat yang memberi berjuta makna buat HH, sanggup membimbing HH dan membawa HH ke jalan yang betul bagi melihat HH meraih kejayaan bersama. Tangisan tatkala HH memikirkan perpisahan ini, HH merasakan keikhlasan, dan kejujuran persahabatan antara kita telah membentuk hubungan suci ini. Kalian menjadikan HH sahabat dalam segalanya. Sepanjang HH bersama kalian HH sungguh gembira dan bahagia. Banyak susah senang kita bersama. Apa-apa pun HH mengucapkan terima kasih yang tak terhingga. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas kasih sayang kalian dan kesucian persahabatan kalian. HH gembira mengenali kalian. HH sayang kalian. Love you Ammar Hayat, Atikah Lotffi dan Alya Farahin (Apam Gebu).

Gambar 8: Atikah dan Alya ketika dalam perjalanan ke lawatan kelas ke Melaka

Gambar 9: Ammar Hayat ketika berlatih berlakon french
 
Jambangan terakhir HH hadiahkan buat adik junior yang baru meniti hari pengajian baru di UiTM Puncak Perdana dalam Sarjana Muda Pengurusan Sistem di Fakulti Pengurusan Maklumat. Nama diberi Hafidz. Bunga ini ku hadiahkan sebagai tanda ingatan dan pesanan buat adinda, perjalanan meniti kejayaan bukan bermula dengan kejayaan dan kesenangan, tapi bermula dengan kepayahan dalam langkah pertama untuk mencapai beribu langkah. Ingatlah adinda, hidup ini ada kalanya kita di atas, ada kalanya kita di bawah. Tatkala kita di atas jangan lah terlalu takbur dan menindas teman di bawah, namun bimbinglah teman yang lain berada bersama di atas, dan tatkala kita di bawah, tangisan satu kepastian tapi usaha alas menjadi tangga untuk kejayaan. Ingatlah adinda, Allah hanya menguji hambanya dengan kemampuan hambanya sendiri. Allah tidak menguji hambanya diluar batasan hambanya. Buat adinda, selamat maju jaya dan HH doakan adinda berjaya dengan penuh kenikmatan ilmu dan hari bahagia.

Setelah habis jambangan bunga, HH dan D’Gojess telah menyediakan hadiah istimewa buat insan yang tercukup ISTIMEWA dalam hidup kami. Tanpa beliau, pengajian kami di UiTM Puncak Perdana pasti tidak akan berseri. Susah senang, kami bersama insan istimewa ini. Beliau seorang pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat, beliau seperti ibu, kakak, teman dan sahabat tatkala kami bersama beliau. Beliau banyak memberi nasihat dan bimbingan untuk kami. Cinta, Kasih dan sayang beliau yang telah membentuk kami pada hari ini. Banyak kesedihan, kesusahan dan cabaran yang kami kongsi bersama. Biarpun dihalang oleh pelbagai tomahan dan cacian orang, namun beliau mempertahankan keikhlasan, kesucian, kasih sayang hubungan kami dengan beliau. Beliau merupakan IDOLA, IKON dan GURU kepada kami. Beliau adalah sumber inspirasi kami dalam segala bidang. Teringat pada pesanan beliau, apabila kami bekerja, jangan sesekali lupakan KELUARGA, kerana mereka ibarat “air yang di cincang tak akan putus”. Beliau banyak mencurahkan ilmu yang berjuta-juta kali kami menimba dan menerima. Menerima ilmu dari beliau ibarat menerima EMAS yang terlalu bernilai dan harga untuk tebusan dan balasannya, tiada nilai untuk kembalikan, kerana terlalu beharga. Buat Hot Mama tercinta, Puan Nor Zaina Zaharah Mohamad Ariff, terima kasih tak terhingga kerana sudi memilih kami insan yang serba kekurangan untuk hadir dalam hidup puan. Kehadiran kami seperti merundum banyak ujian dan cabaran dalam hidup puan, banyak tomahan, cacian dan dugaan melanda puan. Tapi puan ikhlaskan demi kasih dan sayang puan buat insan serba kekurangan seperti kami. Puan memang tiada tolok bandingnya. Kehadiran puan adalah tanda CINTA dari ILAHI buat kami. Kehadiran puan membawa berjuta makna dalam hidup kami. Perkenalan singkat ini menjadikan ikatan yang tersimpul ini akan terus tersimpul tanpa terungkai. Terima kasih CINTA kami, Puan Nor Zaina Zaharah Mohamad Ariff untuk segalanya. Sesungguhnya kami sayang dan cintakan guru yang terindah. Puan adalah GURU yang sempurna dan tiada tolok bandingannya. Terima kasih puan…

Dan untuk semua yang sahabat-sahabat handai.. thank you so much.. love all of you...

Gambar 10: Kami bersama insan tercinta: Puan Nor Zaina Zaharah

Gambar 11: Sempat bergambar kenangan, (dari kiri) HH, Nadiah Shahrum, Puan Nor Zaina Zaharah. Alya Farahin, Atikah Lotffi, dan D'Gojess Waras - Azwan Mustapha

Gambar 12: Meraikan segulung ijazah di Starbuck

Gambar 13: Gambar kenangan bersama rakan-rakan semasa mengambil jubah

Gambar 14: Bersama orang kuar fakulti, Kak Lin dan Bonda Noraini


Coretan dari HH, HH love all of you..

4 comments:

  1. Terima kasih Fazli Baharuddin, :) awk juga.. good luck..

    ReplyDelete
  2. terharu bila terbaca nukilan ini. however, i wish u good luck in all things u do. thanks for being my super duper friend. i luv u GG! :D

    ReplyDelete