Tuesday, February 9, 2010

Annual General Meeting Persatuan Siswa Bistari 2010

Pada 9hb Febuari 2010, jam 9.00 malam bertempat di blok U001-U002 yang lalu, Persatuan Siswa Bistari telah melakukan Annual General Meeting buat semua syarikat yang bernaung di bawah persatuan Siswa Bistari. Siswa Bistari merupakan persatuan keusahawanan yang terbentuk melalui perjanjian MOU antara Johor Coorporation bersama Universiti Teknologi MARA Segamat Johor. Antara syarikat yang bernaung di bawah Persatuan Siswa Bistari adalah Syarikat Fast Food Corner (2FC) Sdn Bhd, Syarikat Al-Biz Café Sdn Bhd, Syarikat Alam Dobi Sdn Bhd, dan Syarikat Ez-Transport, keempat-empat syarikat ini yang telah bertahan sepanjang penubuhan Persatuan Siswa Bistari sejak Julai 2004.

Pada pertemuan malam tersebut, majlis telah di pengerusikan oleh Encik Basaruddin Shah selaku Pengarah Persatuan Siswa Bistari merangkap “Business Consultant” bagi semua syarikat Siswa Bistari. Encik Basaruddin telah menasihati semua syarikat agar melakukan urus niaga secara ikhlas disamping beramal kepada Allah. Selain itu, beliau juga menyeru agar syarikat-syarikat yang ada melakukan pembaharuan yang jelas menjurus kearah pembinaan insaniah usahawan muda.

Majlis di teruskan dengan penjelasan dari Puan Azreen, selaku Timbalan Pengarah Persatuan Siswa Bistari merangkap “Business Consultant” bagi semua syarikat Siswa Bistari. Dalam ulasan beliau, beliau menjelaskan segala pentadbiran persatuan sejak dari pertubuhan sehingga kini telus tanpa sebarang tembok yang menghalang hujah beliau. Puan Azreen juga selaku pencatat minit pada malam tersebut telah menerangkan serba sedikit perancangan aktiviti yang akan di laksanakan pada tahun 2010.

Ucapan setiap pengarah syarikat juga tidak ketinggalan, bermula dari Syarikat Alam Dobi Sdn Bhd iaitu Saudara Syafiq, beliau menerangkan turun naiknya perniagaan mereka dan juga membuat promosi bagi syarikat mereka. Di samping itu, Saudara Syafiq juga turut berkongsi plan perniagaan untuk manfaat semua syarikat Siswa Bistari.

Seterusnya ucapan dari Pengarah Syarikat Fast Food Corner (2FC) Sdn Bhd iaitu Saudara Mohammad Noor Afiq Bin Mohamad Isnan, dalam ucapan beliau, beliau akan berusaha menaikkan nama syarikat sekaligus membantu pelajar baru memahami konsep keusahawanan yang betul melalui penerapan pelajar sebagai pekerja sementara di syarikat beliau.

Syarikat Al-Biz Café Sdn Bhd juga turut berucap iaitu Saudara Al, beliau menunjukkan profil syarikat yang baru sahaja di tubuhkan pada Julai 2009, beliau menjelaskan secara jelas latar belakang syarikat yang di ambil alih dari Fantasai Café Enterprise pada pentadbiran yang lalu. Ucapan beliau banyak berunsurkan ukhwah dan motivasi yang mampu mengeratkan hubungan antara syarikat. Penjelasan dari beliau dan juga Syarikat Fast Food Corner telah menjalinkan persahabatan seperti adik beradik, dan harapan beliau agar semua syarikat juga dapat melakukan hal yang sama.

Ucapan terakhir dari Pengarah Ez-Transport iaitu Saudari Sha, beliau menjelaskan pada majlis bahawa pengurusan mereka berjalan lancar, namun ada kesulitan melalui tempat penyimpanan aset mereka dan juga ketiadaan ahli syarikat lelaki sehingga di kolej lelaki mereka terpaksa berhenti dari beroperasi.

Majlis di teruskan dengan pelantikkan ahli jawatankuasa yang baru, Saudara Al, iaitu pengarah Syarikat Al-Biz Café telah dilantik menjadi Yang Di Pertua Persatuan Siswa Bistari. Semua syarikat percaya bahawa Saudara Al mampu mengubah Persatuan Siswa Bistari menjadi persatuan yang unggul dimata umum. Dengan harapan yang tinggi, kami berharap Saudara Al dapat melaksanakan amanah yang di berikan sebaik mungkin. Kami dari semua syarikat sudi menghulurkan bantuan jika perlu.

Berikut adalah gambaran semasa majlis berlansung :


GAMBAR 1: Kata-kata aluan dari pengerusi majlis selaku Pengarah Persatuan Siswa Bistari merangkap "Business Consultant', Encik Basaruddin Shah....


GAMBAR 2: Penjelasan dari Timbalan Pengarah Persatuan Siswa Bistari merangkap "Business Consultant', Puan Azreen....


GAMBAR 3: Ucapan dari Pengarah Syarikat Alam Dobi Sdn Bhd, Saudara Syafiq...


GAMBAR 4: Ucapan dari Pengarah Syarikat Al-Biz Cafe Sdn Bhd, Saudara Al....


GAMBAR 5: Ucapan dari Pengarah Syarikat Ez-Transport Sdn Bhd, Saudari Sha....


GAMBAR 6: Kehadiran ahli persatuan yang sangat memberansangkan...


GAMBAR 7: Sempat Syarikat Fast Food Corner (2FC)Sdn Bhd merakamkan gambar kenangan...

No comments:

Post a Comment