Wednesday, January 9, 2013

LELONG UNTUK GAZA!!!

Gambar 1: GAZA Program


Satu program jualan amal akan diadakan untuk mengumpul derma dan dana bagi mengisi Tabung GAZA. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Ushine Health & Beauty, Grup CDL & Grup MYCAT. Sepanjang program berlangsung, berbagai acara seperti Jumble Sales, Lelong dan Jualan Makanan akan diadakan. Acara hiburan turut juga diselitkan.

Program ini akan dirasmikan oleh Dato Sohaimi Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia.

Booth yang berbeza akan dibuka mengikut kategori barangan yang dijual. Sebuah pentas akan digunakan untuk melelong barangan artis dan VIP serta VVIP.

Semua yang prihatin dengan isu GAZA, dijemput hadir beramai-ramai dan sekiranya mampu menyumbang apa yang perlu.

Bagi yang ingin menderma wang ringgit, boleh lah menggunakan akaun berikut :-

Noor Affidah Zainal - CIMB 14270075116524

Untuk keterangan lanjut, boleh lah berhubung dengan pihak Penganjur.

Muga Allah jua yang membalas segala kebaikan anda ..


Link: http://www.facebook.com/iskandar.irfan (untuk pertanyaan)

HH love all of you... :)

No comments:

Post a Comment