Google+ Followers

Friday, February 6, 2009

Beza antara RM1 dan Rm50

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit ;

Duit seringgit bertanya: "Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"
Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm... biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama…………'SURAU…., MASJID……., SURAU………"

p/s: FIKIRKANLAH

7 Ayat Cinta

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahmannirrahim:pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3.Astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.Insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang. 5.Lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.Innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.Laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupa jangan
Usah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan aku
supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi sebagai tarbiyah berpanjangan

Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah al-quran
Ketika radio penuh hiburan
Ketika televisyen penuh Hindustan

Tolonh ingatkan aku
Di mana Islam zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkatkan, diketatkan dan dijarangkan (untuk muslimah sahaja)
Tolong ingatkan aku
Jadi sahabat yang baik
Senantiasa memberi peringatan
Senantiasa menerima teguran
Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan Iman
Kelak ikatan dihindari syaitan
Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan
Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya jiwa diserahkan
Segala-galanya Dialah tumpuan
Tolong ingatkan aku walaupun aku masih ingat
tak semestinya aku ingat semuanya
Wahai Tuhan Ya Rabbil Alamin...
Ampuni dosaku insan yang kerdil ini...
Kerana tidak sempurna seperti Kekasihmu...Muhammad SAW
kerana aku insan biasa yang sering terlupa pada Mu..
kerana aku insan biasa yang sering terlupa pada Mu..

Wednesday, February 4, 2009

DRAMA



Assalamualaikum..


Hai kawan-kawan, Mizi nak kongsi sedikit cerita dan pengalaman.. ni tentang diri Mizi dan kawan rapat Mizi kat UiTM Segamat Johor..
Sekarang Mizi dan jadi seorang senior semester 4 dalam bidang Pengurusan Maklumat (Diploma In Information Management).. Mizi nak kongsi cerita Mizi sejak Mizi mula melangkah semester satu…


SEMESTER SATU…


Semester ni merupakan semester paling indah dan ceria buat Mizi… Mizi sangat SENGAL tentang dunia luar… Mizi tak pernah jauh dari keluarga… Tetiba dari Selangor..terus kene tinggal Segamat… mula-mula jadi bengong gak..huhuhuh tapi kawan-kawan yang membantu Mizi berubah..
Kawan kat kelas sangat sporting… walaupun ada Pasukan Sayap KIRI dan Pasukan Sayap KANAN,,, bagi Mizi dorang semua kawan Mizi.. Yang menjadi story dalam hidup Mizi ialah Kumpulan DRAMA…

Penubuhan Kumpulan…


Mizi seorang pelajar yang hyper… (kononyer).. Mizi selalu di panggil oleh senior.. Di sebabkan tekanan yang di hadapi… Mizi cerita masalah ni kat kawan-kawan seangkatan gan Mizi kat kolej.. Bermula dengan Firdaus.. dan kemudian Nik Azwan… hasil pertemuan kami mewujudkan keikhlasan untuk berkawan.. kami sangat jujur antara satu sma lain.. kami sering membicarakan masalah masing-masing… Segala masalah ketika semester satu adalah melibatkan senior.. kemudian tampil seorang lagi rakan yang bernama Ibnu Asakir.. kami semua membicara isu yang sama… Entah macam mana perbincangan dan perkongsian cerita sedih dan masalah ini berlarutan sampai la ada beberapa orang kawan seperti Afiq, Aizat, Loqman dan Azwan menjadi rakan untuk berkongsi cerita dan pengalaman… tempat pertemuan kami adalah di sebuah pondok kecil di bawah kolej.. kami selalu beborak sampai larut malam… ini bertujuan untuk hilang tension.. huhuhu


Tapi bila nak balik bilik masing-masing rasa berat hati.. Maka timbul satu idea untuk kitorang berlakon depan senior.. kebanyakkan senioriti di kolej membuatkan kami penat.. mau tak nyer.. kene mandi air sampah, pergi sana, pergi sini.. dan yang paling tak tahan kene orientake sampai pukul 5-6 pagi.. penat..cadangan ini yang membuatkan kitorng berDRAMA di depan senior.. ini lah kisah kami.. drama tu bukan satu yang plastic atau hipokrit.. tapi bagi kami ianya penting untuk menjaga kepentingan yang abadi… kami ada hak…


Untuk semester satu ni dah banyak Mizi belajar.. antaranya sikap jujur antara kami penting. Kemudian belajar untuk perkongsian ilmu dan pengalaman… dan yang paling seronok.. kawan-kawan Mizi ni yang bantu Mizi untuk develop diri Mizi kat UiTM.. Mizi jadi 1st Pengacara Majlis pun dh kene kutuk gan dorang.. Tapi dari kutukan itulah Mizi cuba berubah untuk menjadi insan yang baik di mata mereka..

Sekarang…

MIzi dengan kawan-kawan berganding bahu untuk menbantu antara satu sama lain.. Pengajaran dalam cerita Mizi ni…
· Cubalah menjadi seorang rakan yang baik
· Terima kritikan sebagai semangat untuk menbuat sesuatu dengan lebih baik.
· Jadilah seorang yang lebih bertanggungjawab, ini salah satu tiket untuk kita bawa ke akhirat nanti..
· Belajar dari kesilapan dan pengalaman orang itu penting
· Jangan menanggung masalah seorang diri kalau tak dapat menahan diri dengan bebanan..lepaskan..
· Berdikari penting untuk diri kita, walaupun keluarga penting tapi fikir akan masa depan kita dengan orang sekeliling


Baiklah Mizi harap kawan-kawan faham dengan cerita Mizi ni dan cubalah untuk kita berubah kearah yang lebih baik..Mizi teringat, Firman Allah,, tapi tak ingat Surah pe.. “ Allah tak akan ubah takdir hambanya melainkan hambanya berusaha untuk mengubah takdirnya sendiri..” walaupun dengan doa… itu yang Mizi faham la… Mizi bukan guru agama..Kalau yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu dtangnya dari diri mizi sendiri.. MAaf kalau ada yang tersinggung..


Wassalam…

Monday, February 2, 2009

Cinta

Puisi cinta

Biarkan cinta tumbuh laksana bunga melati
indah....harum..wangi dan masih suci
biarkan kuncup nya tumbuh sempurna
janganlah kau ternodai dengan hawa nafsu


Cinta tak harus memiliki
dan juga tak harus terwujud dengan pacaran
cinta yang tulus dan suci
akan tumbuh seperti bunga melati


Puisi cinta dari : Saudara Fitri dikirim pada 08 Sep 2008

Air Bancau

Air Bancau
Kiriman: yiedahwahiedah
Sumber: yiedah

Bahan-Bahan:
untuk seorang : air (anggaran)
satu sudu cincau
dua sudu susu pekat manis/susu cair
satu sudu sirap ros beberapa ketul kiub ais.

Cara:
1.masukkan satu sudu sirap kedalam gelas,tambahkan dengan air.
2.Gaul sebati kemudian masukkan susu pekat manis dan satu sudu cincau.
3.setelah itu masukkan beberapa ketul kiub ais.
4.Bolehlah dihidangkan.

Cadangan Hidangan:
Sesuai diminum pada waktu panas

Tambahan:
Jika suka bolehlah ditambahkan satu sudu kacang merah.

Ayam 3 Rasa Syg

Ayam 3 Rasa Syg

Kiriman: Hjh Norsalena Hj Salleh
Sumber: Sendiri(Brunei)

Bahan-Bahan:
½ ekor ayam - dipotong
½biji bwg besar - di hiris
minyak untuk menumis
3 ulas bwg merah kecil - di hiris
4 ulas bwg putih - dihiris
halia sebesar ibu jar - dihirs
1 btg serai - di hiris garam dan aji
½ cwn air
2 sudu mkn lada kisar
1 sudu kcl serbuk kunyit
2 sudu mkn serbuk kari babas (hijau)
2 sudu mkn sos tiram
2 sudu mkn kicap manis
3 biji tamato - di potong dua

Cara:
Tumiskan minyak, masukan bahan yang di hiris sehingga naik bau, kemudian masukan lada kisar, serbuk kunyit, serbuk kari,sos tiram, kicap manis gaul rata sampai timbul minyak. masuk ayam, garam & aji dan masukan air. setelah hampir masak masukan tomato. Sedia untuk di hidang.

Siapa Yang Akan Masuk Surga?


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
Pencipta surga (Allah) telah menerangkan kepada kita tentang sifat orang-orang yang akan masuk surga, Allah berfirman :
"Barangsiapa yang beramal shalih baik laki-laki atau perempuan dan dia mu'min, maka mereka akan masuk surga mereka akan diberi rezeki di dalamnya tanpa hisab." (Q.S. Ghafir: 40)
"Sesungguhnya orang-orang yang berkata : "Rabb kami adalah Allah", kemudian mereka istiqomah, maka tidak ada ketakutan atas mereka dan mereka tidak berduka cita. Merekalah para penghuni surga dan mereka kekal didalamnya sebagai balasan dari apa-apa yang telah mereka amalkan." (Q.S. Al-Ahqaf : 14).
"Kecuali orang-orang ang bertaubat, beriman dan beramal shalih, maka mereka akan masuk surga dan tidak dizhalimi sedikitpun." (Q.S. Maryam : 60).
Maka barangsiapa yang berserah diri kepada Allah dan mengamalkan apa yang Allah perintahkan serta menjauhi apa yang Allah haramkan, maka dia akan masuk surga.

Petikan dari "Islam Tanya & Jawab Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid"

" SYAITAN MENOLONG ORANG ISLAM KE MASJID...."

Assalammuallaikum,
Kisah ini, tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat.
Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang dibuat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair.
Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia. Orang itu menjawab Aku adalah syaitan.?Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab, Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun.Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu.?Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal....
Dari Abdullah bin \'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda :"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."
(Terima kasih sahabatku Saudara Afiq atas kesudian memberi tazkirah ini.)