Friday, February 5, 2010

WARNA PERJALANAN KAMI KE SURE REACH RECORD MANAGEMENT SDN BHD

Assalamualaikum…
Hai kawan-kawan… lama rasanya tidak meninggalkan coretan indah di laman maya ini…
Buat pengetahuan semua, pada 31 Januari sehingga 2 Febuari 2010, Mizi dan rakan seperjuangan bersama mencipta sejarah buat semester akhir ini. Kami telah di amanahkan untuk melaksanakan tugasan luar, hasil kajian yang telah di lakukan, kami telah pun ke Sure Reach Rekod Management Sdn Bhd di Shah Alam Seksyen 7 dan juga Universiti Industri Selangor yang berada di Batang Berjuntai. Antara rakan Mizi yang turut sama melaksanakan tugasan ini adalah Saudara Muhammad Hakimm Bin Muhammad Hanepah, Saudara Mohd Arif Bin Hasnan, Saudari Rabbani Soeraya Bin Mohd Azmi, Saudari Nadiah Binti Shahrum dan juga Saudari Nurfarhana Binti Abd Rashid.

Pada 1 Febuari 2010, kami telah pun ke Sure Reach Rekod Management Sdn Bhd bagi menunaikan janji yang telah kami tabur bersama harapan yang tinggi. Kehadiran kami ke Sure Reach amatlah memberansangkan dan tidak mengecewakan hasilnya. Kehadiran kami di sambut dengan penuh mesra, tangan di hulur tanda perkenalan, Madam Sharon Soon merupakan Manager-Client Relation Services yang juga orang yang dipertanggungjawabkan untuk bersama kami sepanjang sesi temubual. Senyuman yang di taburkan oleh Madam Sharon membuatkan kami tidak kekok untuk menyuarakan pandangan dan pendapat, malahan kehadiran kami juga turut di saji dengan sarapan pagi dan minum pagi yang kami kira lazat ketika itu. Sungguhpun kami berlainan bangsa dan agama, namun hasil kerjasama yang diberikan oleh Madam Sharon menunjukkan beliau seorang yang sangat berbudi pekerti dan tidak mementingkan bangsa dan agama. (“Tiada pusaka peninggalan yang lebih bermanfaat daripada elok budi pekerti”…….Wasiat Saidina Ali r.a)

Agenda kami di teruskan dengan lawatan ke pusat penyimpanan rekod (Ware House) yang tersedia di Sure Reach tersebut. Terkejut apabila melihat akan ketelitian pihak Sure Reach menguruskan Ware House dengan penuh rapi. Aspek keselamatan amat di titik beratkan, malahan dari segi mengakses maklumat juga di jaga sebaik mungkin. Kami tidak di benarkan melihat isi kandungan rekod yang disimpan, kerana menjaga hak pengguna dan ini sebahagian dari prosedur Sure Reach. Banyak yang kami pelajari dari Sure Reach Rekod Management Sdn. Bhd, semoga dengan ilmu baru yang kami perolehi ini mampu membuatkan Sure Reach dan juga warga Malaysia khususnya warga Universiti Teknologi MARA, Kampus Segamat, cawangan Johor mempelajari akan pengurusan rekod dan kepentingan rekod pada masa hadapan. Dari pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Sure Reach Rekod Management Sdn. Bhd atas kesudian menerima kami untuk melakukan kajian akademik di sana terutama pada Madam Sharon Soon. Semoga Sure Reach akan terus sukses.

Berikut adalah lampiran gambar yang menjadi kenangan buat kami di Sure Reach Rekod Management Sdn. Bhd. :


GAMBAR 1: Mesra kami di sambut oleh kaki tangan Sure Reach Record Management Sdn Bhd. Ini adalah sesi temubual antara dua belah pihak.


GAMBAR 2: Tekun Madam Sharon Soon memberi penjelasan pada kami


GAMBAR 3: Rakan setugas Madam Sharon Soon juga turut membantu bagi sesi temubual dua hala ini.


GAMBAR 4: Jelas di wajah Saudari Rabbani Soeraya, cuba untuk memahami penjelasan dari pihak Sure Reach..hmmmm....


GAMBAR 5: Mendapatkan maklumat sehingga tidak perasan gambar kami telah di tangkap... :-P


GAMBAR 6: Saudari Nadiah Sharum cuba memberi penjelasan pada rakan-rakan yang lain tentang pengurusan rekod.....


GAMBAR 7: Sempat bergambar di bilik mesyuarat sesi dua hala.... Madam Sharon Soon dan kami...


GAMBAR 8: Bersama rakan setugas Madam Sharon Soon di ruang utama....


GAMBAR 9: Sesi penyampaiaan hadiah simbolik kesefahaman dua hala....


GAMBAR 10: Papan tanda perasmian Sure Reach Record Management Sdn Bhd yang di rasmikan oleh Yang Berhormat Teresa Kok Suh Sim, State Commitee Chairmain Investment, Industrial and Commercial of Selangor pada 12 Jun 2008....


GAMBAR 11: Gurau senda dan senyuman erat dari Madam Sharon Soon membuatkan kami tidak ingin meninggalkan tempat yang penuh nostalgia itu.....


GAMBAR 12: Kepulangan kami membawa seribu erti dan harapan yang mengunung untuk bangsa dan agama... :-P

No comments:

Post a Comment