Saturday, February 6, 2010

INDAHNYA SEJARAH NEGERI SEMBILAN

Jumaat bersamaan 5 Febuari 2010, Mizi dan ahli kumpulan iaitu Saudara Mohd Faza Bin Bong Tamam, Saudara Mohd Rabbani Bin Wakiman, dan Saudari Salina Binti Mat Salim. Kami telah pun dibantu sepanjang perjalanan kami oleh rakan karib bagi Saudara Rabbani yang baru sahaja memasuki Universiti Teknologi MARA Segamat ini, iaitu pelajar semester satu, beliau adalah Saudara Hafiz. Destinasi kami adalah ke Muzium Istana Seri Menanti Negeri Sembilan . Izinkan Mizi menceritakan serba sedikit mengenai istana indah ini. Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Kini, memandangkan ia suatu warisan sejarah, istana itu telah berubah "peranannya" menjadi muzium. Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau.

Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.

Pengalaman kami ketika berada di istana sangat menarik perhatian, semua artifak yang di pamerkan jelas menunjukkan kebudayaan Negeri Sembilan sangat unik sehingga kini kita mampu melihat pengamalan budayanya di Negeri Sembilan khususnya. Kami telah di sambut mesra oleh Puan Rosnita dari pihak pentadbiran Istana Seri Menanti yang banyak membantu kami ketika melakukan kajian mengenai istana. Kami akan melakukan kajian semula di cawangan utama muzium iaitu di Seremban pada hari Khamis bersamaan 11 Febuari 2010. Doakan keselamatan kami pergi dan pulang.

Pihak kami Universiti Teknologi MARA, khususnya Fakulti Pengurusan Maklumat dengan penuh takzimnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan kerana sudi menerima kehadiran kami.. Berikut adalah bibit-bibit ceria yang sempat kami rakamkan:


GAMBAR 1: Muzium Istana Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.....pandangan hadapan istana...


GAMBAR 2: Kelihatan seperti Lamp Berger di atas meja makan Kerabat Diraja....


GAMBAR 3: Sesi perkenalan dan juga sesi soal jawab dua hala....


GAMBAR 4: Puan Rosnita memberi penerangan mengenai istana lama dan baru....


GAMBAR 5: Kenangan bersama Puan Rosnita dalam kunjungan ke istana....


GAMBAR 6: Cenderamata dari pihak kami sebagai sumbangan ikhlas kerana sudi menerima kehadiran kami....


GAMBAR 7: Tempat Kerabat Diraja bersiram suatu ketika dahulu....


GAMBAR 8: Sempat bergambar kenangan di depan Muzium Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan


GAMBAR 9: Mizi menunjukkan istana baru yang jelas dari jauh....


GAMBAR 10: Bergambar di tempat istiadat Kerabat Diraja Berarak sambil dijulang....


GAMBAR 11: Sempat bergambar di hadapan Dewan Makan Diraja yang baru, bersebelahan dengan istana lama.....


GAMBAR 12: Seronok Saudara Faza menghayati watak menjadi seorang Panglima Perang...

No comments:

Post a Comment