Kami masih meniti pada jalan yang sama dan kami meneruskan perjuangan yang tiada nokhtah ini pada keesokkan harinya. Perjalanan di teruskan pada 2 Febuari 2010 jam 7.oo pagi. Perjalanan bermula dengan pencarian yang penuh misteri. Kemusykilan mencari tempat yang di tuju bertemu jawapan apabila mata bertemu sinaran cahaya yang penuh serinya di destinasi yang pasti kami telah temui…. Iaitu Universiti Industri Selangor UNISEL yang terletak di Batang Berjuntai.
Kehadiran kami di sambut secara rasmi oleh Ketua Unit Rujukkan Perpustakaan UNISEL, iaitu En. Zaidi. Ketibaan kami membingungkan setiap kehadiran pelajar UNISEL yang masuk ke ruang utama perpustakaan seolah-olah kami merupakan orang asing buat mereka. En.Zaidi memberikan penjelasan kepada kami secara menyeluruh bagi setiap persoalan yang timbul di benak pemikiran kami.. Banyak juga yang kami pelajari walaupun kepenatan semalam masih menyulubungi jiwa kami. Terasa gelap walaupun masih cerah, ibarat langit dengan bumi tatkala melihat kemudahan perpustakaan di UNISEL jauh berbeza dari tempat kami, kami cuba sedaya upaya mengaut sebanyak mana ilmu yang mampu untuk kami sumbangkan ke perpustakaan di institusi kami..
Agenda di teruskan dengan lawatan pada setiap unit di dalam pengurusan perpustakaan UNISEL, keluasan perpustakaan UNISEL tidak pernah di jangka di sudut pemikiran kami. Tiga tingkat dan di setiap tingkat memiliki unit yang bertanggungjawab dan yang paling mengejutkan kami adalah, perpustakaan UNISEL ini mampu membawa pelajar “Office Management” dan juga “Library Science” untuk mentelaah di dalam perpustakaan. Kelas di perpustakaan jarang di lakukan di mana-mana institusi kerana sudah menjadi kebiasaan bahawa perpustakaan perlukan situasi senyap, berbeza dengan UNISEL yang berani membawa perubahan.
Setelah semuanya selesai kami pulang dengan penuh rasa letih, namun kudrat yang masih tinggal ini masih di gunakan untuk terus pulang ke Universiti tercinta….Universiti Teknologi MARA…. UiTM di hati kami…. Alhamdulillah perjalanan kami selamat tanpa sebarang masalah… alhamdulillah… Terima kasih pada yang mendoakan kami… Dan buat pihak UNISEL, kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menerima kami untuk membuat kajian di Perpustakaan UNISEL.
Berikut adalah putik-putik kenangan yang mampu kami bawa pulang :
GAMBAR 1: Senyuman dari En.Zaidi menjelaskan soalan yang diberi mudah buat beliau....
GAMBAR 2: Tekun rakan seperjuangan mendapatkan info terkini dari UNISEL...
GAMBAR 3: Amanah yang di beri perlu di pikul sepenuhnya...menjunjung martabat bangsa dan agama...
GAMBAR 4: Rakan setugas En. Zaidi juga turut meluahkan pendapat dan pandangan beliau melalui penciptaan sistem UNISEL... iaitu En.Azman...
GAMBAR 5: Mentelaah salah satu bahan rujukkan di dalam Unit Rujukkan yang di kendali oleh En.Zaidi...
GAMBAR 6: Menggunakan salah satu fasaliti yang di sediakan di dalam perpustakaan UNISEL....
GAMBAR 7: Saudara Hakimm meneliti bahan bacaan kanak-kanak bagi rujukkan beliau di masa hadapan....
GAMBAR 8: Perbincanagn masih di teruskan di bilik bacaan kanak-kanak....
No comments:
Post a Comment