Pada 8hb Febuari 2010 yang lalu, sahabat karib Mizi iaitu Saudara Nik Azwan Bin Nik Mustapha telah memikul tanggungjawab berat sebagai peneraju makan malam PM MMS bersama pelajar semester satu. Sebelum majlis berlansung pada malam tersebut, banyak agenda di sebalik tabir yang amat meletihkan kami, di mana Mizi bersama Nik melaksanakan persiapan dewan pada awalnya. Kami menghias dewan sebaik yang mungkin sehingga kehadiran pelajar semester satu datang membantu.
Kehadiran mizi di sana adalah bertujuan untuk membantu kawan karib Mizi iaitu Nik. Kemudian Mizi di amanahkan untuk menghias pentas, dengan berbekalkan peralatan yang serba kekurangan untuk menyiapkan dewan, Mizi telah di bantu oleh beberapa orang yang sudi menghulurkan kudrat kasihnya.. Kami mendapat idea untuk menampilkan perhiasan pentas dengan sentuhan belon udara yang banyak. Idea kami membuahkan hasil apabila idea yang kami sumbangkan itu berjaya dilaksanakan.
Ketika majlis berlansung pada malam tersebut, segalanya berjalan dengan lancar, banyak agenda yang telah berlaku yang kami telah ketinggalan, namun kehadiran Mizi dan Nik menjadi tumpuan dewan apabila kami tampil dengan gaya tersendiri. Majlis berlansung dengan kemeriahan pengacara yang baik menguruskan acara, kemudian persembahan dari rakan-rakan PAC (Performing Art Club) dan banyak lagi. Yang paling menarik adalah bersembahan dari rakan-rakan dari semester satu bersama PM dan PAC. Seisi dewan hampir terbeliak biji mata mereka tatkala melihat persembahan bollywood dari mereka. Sepanjang perjalanan majlis Mizi kira baik sahaja perjalanananya, Cuma gangguan pembesar suara pada saat-saat akhir telah menganggu sedikit kemeriahan dewan, namun itu bukan halangan buat mereka untuk meneruskan majlis.
Berikut adalah bibit-bibit manis yang sempat kami rakamkan..
GAMBAR 1: Sempat merakamkan gambar kenangan bersama rakan karib, Saudara Nik Azwan/d'GorgEouS wYra's
GAMBAR 2: Gambar kenangan bersama rakan karib yang sudi membuat persembahan khas pada malam tersebut melalui Performance Art Club....
GAMBAR 3: Bergambar bersama rakan wanita Performance Art Club....
GAMBAR 4: Senyuman ikhlas dari Saudari Echa selepas membuat persembahan khas...
GAMBAR 5: "Wanita melayu terakhir" kata-kata yang di lafazkan oleh penonton tatkala melihat Saudari Fatin melakukan persembahan khas pada malam tersebut....
GAMBAR 6: "Posing" untuk koleksi bersama....
GAMBAR 7: Sesi bergambar yang agak manis di kalangan rakan karib...."Posing" yang mengancam dari Fareez dan Nik
GAMBAR 8: Inilah pelajar perempuan semester satu yang telah mempersembahkan gaya tarian bollywood medley pada malam tersebut....
GAMBAR 9: Bersama melemparkan senyuman manis, Mizi dan En. Ismail, Penasihat PM MMS pada Julai-Dis 2009....
GAMBAR 10: Pintu gerbang menjadi saksi sesi fotografi bersama pelajar semester satu kolej Sempana Riau...
GAMBAR 11: Saudara Nik merakamkan kenangan terindah bersama hasil ciptaan beliau, pintu gerbang simbolik pertemuan PM MMS dan juga pelajar semester satu....
GAMBAR 12: DRAMA team sempat bersama menikmati kebahagiaan yang jelas....
GAMBAR 13: Kenangan bersama....
GAMBAR 14: Perjalanan menjadi seorang model memang mencabar, lafaz Saudara Azim yang penuh dengan angan tak sudah...Bergambar ala "Victoria Secret 2009"
No comments:
Post a Comment