Thursday, December 6, 2012

Practical Student at NSTP Series II

Hye kawan-kawan, berkisah tentang NSTP, kami di kejutkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik sempena praktikal kami. Kebetulan, perancangan dan jodoh dari Ilahi, praktikal kami di temukan dengan Ramadhan.

Sepanjang Ramadhan, masa kami terisi dengan pelbagai aktiviti. contohnya:


Olympic Exhibition

Kami di bawa ke BSC (Bangsar Shopping Center) semasa awal bulan puasa bagi memenuhi kehendak praktikal dan pengisian kami. Namun kami menjadikan perjalanan yang di atur ini dengan lebih menarik dengan cara kami melakukan exhibition ini dengan cara kami yang lebih creative. Tujuan pameran ini adalah untuk memberi kesedaran tentang NIB, dan kewujudan NSTP-RC. Sebagai selingan, kami menawarkan pendaftaran percuma untuk menggunakan NIB dan mendapatkan bahan berita secara percuma melalu NIB. Lebih menarik, kami seolah-olah graduan marketing atau masscom, kami mempromosikan NIB dan buku ciptaan NSTP-RC (Lat's Collection, Tunku Abdul Rahman dan Nation Hood) dengan cara kami tersendiri. Kami mendapat lambakkan Dato-dato, bekas atlet, pengguna shopping center tersebut singgah ke booth kami, cukup mengembirakan. :) apapbila kami berjaya melakukan sales :)

Gambar 1: Antara liputan berita yang menggunakan panel NSTP-RC mengenai Olympic

Gambar 2: Sebahagian krew penyiaran

Gambar 3: Pengurus NSTP-RC (En.Ramlan Ramli) ketika bertemu bekas atlit Malaysia

Gambar 4: Sebahagian kecil lokasi pameran

Gambar 5: En. Ramlan Ramli menerangkan mengenai NIB dan Olympian Exhibition kepada tetamu yang hadir

Gambar 6: Antara bekas atlet negara yang turut hadir, bergambar sebagai kenangan

Lawatan Akademik dari Lim Kok Wing

Setelah selesai dengan pameran di BSC itu, beberapa hari selepas itu, kami di hadiri tetamu khas ke NSTP-RC, iaitu tinjauan dari anak pemilik Lim Kok Wing bersama mahasiswa dari Lim Kok Wing. Sebelum pertemuan itu di atur, kami di arahkan untuk mencari sedikit sumber mengenai Lim Kok Wing IPTS. Kami perlu mencari bagaimana mereka dapat melihat kepentingan RC kepada dunia pengajian mereka. Kami dan rakan-rakan RC telah berjaya menghimpunkan gambar, keratan akhbar mengenai Lim Kok Wing IPTS story. Pengurus NSTP-RC, En.Ramlan Ramli memainkan peranan penting dalam menyambut kehadiran tetamu dan memberi penerangan serba sedikit mengenai pengunaan NSTP-RC.

Gambar 7: Tekun mahasiswa Lim Kok Wing mendengar penjelasan En.Ramlan Ramli


Gambar 8: Penuh dan sesak menyaksikan serangan mahasiswa berjaya ini

Gambar 9: Gembira menyaksikan berita mereka di keratan akhbar NSTP, BH dan Metro

Gambar 10: Mengamit memori apabila salah seorang dari mereka menyaksikan gambar mereka di dalam koleksi NSTP-RC

Gambar 11: Layanan dan penjelasan, datangnya dari NSTP-RC

Gambar 12: Pelajar Internasional juga tertarik dengan NST
 Lawatan Khas dari Timbalan Perdana Menteri (TPM): Dato Muhyiddin Yassin bersama Isteri: Datin Norainee

Kami dikejutkan dengan berita kehadiran TPM ke NSTP, dan dikhabarkan berminat ingin singgah ke NSTP-RC gara-gara keseronokkan dan pujian melambung dari Perdana Menteri Malaysia (Dato Najib Bin Tun Abdul Razak) selepas singgah ke NSTP sebulan yang lalu. Menurut Dato Najib, NSTP-RC ibarat lombong EMAS yang tidak boleh disia-siakan. Segala fakta dan berita terkini datangnya dari penerbitan harian surat kabar. Mernurut Dato Najib. NSTP seharusnya berbangga kerana NSTP-RC memiliki pentadbiran dan koleksi yang sungguh menarik. "Laporan Berasaskan Fakta" kata PM dalam ucapannya (http://www.facebook.com/photo.php?fbid=452237368142289&set=pb.100000680906685.-2207520000.1354843853&type=3&theater)

TPM, Dato Muhyiddin hadir bersama isteri bagi merapatkan hubungan dengan pihak pengurusan NSTP secara keseluruhannya dalam majlis berbuka puasa bersama warga NSTP. Kehadiran TPM membawa seribu erti apabila melangkah ke gerbang NSTP-RC, wajah kegembiraan warga RC menampakkan keserian pada saat itu. Melihat pada keratan akhbar, gambar dan pelbagai lagi koleksi TPM, Isteri dan keluarga, sungguh mengagumkan dan memeranjatkan kata Datin Norainee, katanya suatu hari nanti, beliau ingin semua gambar koleksi keluarga beliau untuk di jadikan simpanan peribadi dan kenang-kenagan.

Majlis berbuka puasa bersama TPM turut serta kanan-kanak dari rumah anak yatim dan persembahan ghazal dari luar.

Gambar 13: Persediaan sementara menanti kehadiran TPM

Gambar 14: Kehadiran TPM di sambut girang oleh En.Ramlan Ramli

Gambar 15: Gembira menyaksikan gambar keluarga dan isteri-TPM

Gambar 16: Keterujaan Datin Norainee menyaksikan gambarnya

Gambar 17: Gembira menyaksikan kejayaan keluarga dan suami


Gambar 18: Antara persiapan menanti TPM bagi majlis berbuka puasa

bersambung selepas ini :)

HH love you all



No comments:

Post a Comment