Pada Febuari yang lalu, saya telah mengetuai sekumpulan pelajar
seramai 25 orang pelajar dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak
Perdana telah menjayakan RFID tagging project yang telah di uruskan oleh
WaveTech (M) Sdn. Bhd di bawah pengelolaan Perpustakaan Radio Televison
Malaysia.
Dalam project ini, saya selaku pengurus telah
merancang, mengurus dan melaksanakan pelbagai plan dan tindakan bagi
mencapai target yang telah di rancang di mana dalam masa 16 hari, kami
perlu menghabiskan segala tagging RFID sebanyak 100 ribu "tape" (Audio
Visual Collection). Namun kejayaan yang membanggakan dari rakan produksi
kami, telah menjayakannya awal 2 hari :) Tahniah di ucapkan.
Sepanjang
perjalanan menjayakan project ini, telah banyak ujian dan rintangan
yang terpaksa Mizi dan rakan-rakan harungi, pertamanya koleksi dari RTM
tersebut, di mana koleksinya berhabuk dan berbau kimia, agak bermasalah
bagi kami mengatasi masalah ini kerana pihak Library RTM sendiri kurang
mengambil inisiatif ini untuk mengatasi msalah habuk dan kimia ini. Yang
keduanya kerjasama dari pengurusan Perpustakaan RTM. Susah untuk
bekerjasama dengan mereka yang benar-benar mahir tentang perpustakaan,
sokongan padu sungguh sifar. Kami terpaksa merekodkan segala tindakan
kami sebagai bukti kami telah melaksanakan segalanya, jika tidak kami di
persalahkan atas ketidak bertanggungjawab kami. Contohnya rekod keluar
masuk pita dan kotak, penggunaan pita selari dengan kerja kami untuk di
tagging kan, namun apabila pihak Perpustakaan mengambilnya tanpa
merekodkan, menjadi masalah pada kami apabila sesi pemulangan, pekerja
perpustakaan ini mencampurkan segala tape yang telah di tagging dengan
yang belum. Alhamdulillah usaha bagi mengatasi masalah ini berjaya
apabila saya dan rakan-rakan mengunakaan kaedah yang lebih sistematik
dalam bentuk rekod. Alhamdulillah.
Yang ketiganya masalah psycho
dari kalangan pekerja RTM itu sendiri, ada yang tidak kene mengena
dengan project ini, tetiba datang nak ganggu kerja kami dan memarahi
rakan-rakan saya. Contoh paling mudah adalah, apabila production sedang
di jalankan, bagi mengejar target, rakan-rakan pasti berada dalam
keaadaaan stress, apabila salah seorang staff RTM sendiri buka TV
tiap-tiap pagi bagi menyaksikan rancangan hiburan mereka, kami tidak
sesekali melarang dan mengganggu rutin mereka, namun menjadi isu apabila
rancangan yang di pasang lalu kami saksikan bersama, secara tiba-tiba
staff perpustakaan lain datang mengatakan tempat kerja itu tidak di
benarkan memasang TV, malah di katakan kami tidak di benarkan sesekali
buat bising dan pegang harta RTM. Kami terkesima seketika, tatkala
kalian bekerja dengan penuh hiburan dan kenikmatan, kami di seksa
bagaikan berada di neraka di tambah dengan tuduhan yang membabi buta,
patutkah? Tindakan ini dapat di atasi apabila pintu utama kami kunci dan
kami hanya menggunakan pintu alternatif dan notis di tampal bagi semua
staff tidak mengganggu segala urusan dalam masa tertentu. Alhamdulillah.
Harap hal sedemikian tidak akan berlaku di pengurusan perpustakaan RTM
tersebut.
Post saya ini bukan untuk memburukkan mana-mana agensi
kerajaan atau perpustakaan, lebih-lebih lagi Perpustakaan RTM itu
sendiri, saya berharap dengan post yang saya lakukan ini menjadi iktibar
dan pengajaran untuk semua. Malah di ambil sebagai tindakan yang
positif bukan hanya memandang pada sudut yang negatif. Saya berani
kerana benar, dan bukan saya sahaja yang mengalaminya, ramai yang berada
di luar sana mengalami masalah yang sama. Walaupun perpustakaan ini
hanya di gunakan dari segi internal, namun user internal juga perlu di
hormati dan di hargai.
Sebelum mengambil tindakan yang
bukan-bukan, saya tanya kembali persoalan yang berbalik kepada sesiapa
yang terasa.. Tolonglah.. ukur baju di badan sendiri, sebelum menjahit
baju untuk diri dan orang lain... apa-apa pun saya memohon ribuan ampun
dan maaf kepada seluruh producsi, WaveTech (M) Sdn. Bhd, Perpustakaan
RTM dan seluruhnya jika ada kata-kata saya ini menyinggung mana-mana
perasaan. Love you all-HH
|
HH dan all produksi di Special Project RFID Tagging at Perpustakaan RTM |
|
HH dan Alya (My classmate) |
|
One of work station in RTM Library |
|
Get opportunity be in camera lens by crew RTM |
|
Belajar merakam, Julia, Ilya Nur Fatin and HH |
|
HH apabila ceria :) |
|
Work station at Broadcast RTM Library and Archive |
|
Produksi di taman International Broadcast Centre |
|
Me with my produksi :). Alin, HH and Izzati Roshika |
|
Sempat merakamkan kenangan bersama Props Olympian 2012 |
|
Berada di International Broadcast Centre (IBC) di saksikan oleh Ain Shuhada |
|
Sebahagian dari koleksi RTM di IBC |
mizi, name kite bkn nur shuhada la..huhuhu
ReplyDeleteaaahhhhh... salah eja la ain shuhada ...heheheheh
Delete