Friday, April 3, 2009

Malam Bacaan Yassin dan Solat Hajat Perdana Sektor A

gambar JPk meeting berdiri buat julung kalinya..huhuu


Hai kawan-kawan, Nak cerita tentang sektor A punya program.. mizi nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua rakan-rakan JPK yang bertungkus lumus melakukan persiapan malam bacaan yassin dan juga solat hajat. Buat pengetahuan semua, malam ni berlakunya program serentak dengan program MPP iaitu jemputan Ustaz Akhil. penceramah yang sangat terkenal, seronok sangat.. tapi bukan itu yang mizi nak cerita..program MPP bermula jam 9.00 malam.. tetapi sebelum tu program JPK bermula jam 6.45 petang.. Iaitu majlis Bacaan yassin dan juga solat hajat perdana. Program ni di atur untuk semua penghuni Sektor A. Yang peliknya pelajar kolej sektor A seramai 2150 orang, tetapi yang hadir hanya 150-200 orang sahaja. kehadiran sangat mengecewakan. Mizi dan rakan2 JPK tak tahu nak jawab apa dengan pihak pengurusan yang lain. Ustaz Syazali agak kecewa dengan kehadiran pelajar pada malam ni. tapi kami nak wat cam ne?? kami dah buat pengumuman berulang kali mengenai program malam ni. sampai Uztaz Syazali kata. TPHEP akan ambil tindakan bagi pelajar yang tak hadir dengan mengambil kelayakan mereka mendapat kolej.. mahu tak nye.. makanan Kak Chik(Kak Hidayah, JPK keusahawanan) dan tempah sebanyak 1800 orang punya makan.. yang datang tak sampai 1000 orang. tapi mizi memang seronok sangat bekerja gan kawan2 JPK ni.. dorang sangat memahami antara satu sama lain. Mizi dapat rasa hubungan anatara kami JPK sekarang seumpama adik beradik yang akrab sangat. kami bekerjasama dari awal sehingga akhir... Lepas je habis program kami ada perjumpaan dengan ustaz Syazali (Ketua Pegawai Pembangunan Pelajar Sektor A) kami meeting di depan Masjid As-Syakirin sambil berdiri,, hahaha sangat kelakar.. walaupun Ustaz kata terkejut, tapi kami tetap cuba untuk menjadi JPK yang professional dalam bekerja. ni la detik2 terakhir kami jadi JPK bersama.. Makluman buat semua, kami semua kerja dengan ikhlas dan tak mintaa di balas(kata2 Ifa,Setiausaha Sektor A) walaupun ada pihak yang cuba mengata macam2 tentang kami, kami tak kisah. yang pasti kami telah cuba yang terbaik buat semua. amanah dan tanggungjawab yang kami pikul sangat berat. kami menjunjung amanah pelajar yang lain. yang mereka percaya kepada kami. KAMI TELAH LAKUKAN YANG TERBAIK SENPANJANG JAWATAN KAMI. Kami harap JPK yang akan datang dapat lakukan usaha yang lebih baik dari kami. Rakan2 saksikan lah situasi JPK terakhir yang erat bersama.... JPK,, anda semua dalam kenangan yang tak akan di lupakan...

No comments:

Post a Comment