Thursday, March 17, 2011

Puppet Show

Hai kawan-kawan, sudah lama rasanya Mizi tidak mengaktifkan blog ini, kali ini Mizi memainkan watak yang penting di dalam Persatuan di Fakulti Pengurusan Maklumat. Mizi telah di lantik menjadi Pengerusi bagi persatuan pelajar IM220 (Library Management) iaitu Gen-LIS (Generation Library Information Society).

Tetapi cerita Mizi hari ini bukanlah mengenai persatuan, Mizi ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua mengenai pengalaman Mizi dan rakan-rakan membuat “Puppet Show” di Perpustakaan Khas Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA).

Program ini dilaksanakan pada 15 Mac 2011, jam 8.00 pagi di Perpustakaan Khas Kementerian Asas Tani (MOA). Program ini telah di jemput khas dari MOA itu sendiri, di mana pihak Fakulti Pengurusan Maklumat menyerahkan tanggungjawab ini pada pensyarah yang bertanggungjawab iaitu Puan Nor Adillah Binti Mustaffa untuk mengetuai program ini. Pelajar yang terlibat menguruskan program ini terdiri daripada pelajar “Experimental Library” dan barisan pelajar sukarelawan, antaranya ialah Saudara Nik Azwan Bin Nik Mustapha, Saudara Muhammad Hamizi Bin Abdul Hamid (saya), Saudara Suhaimi Bin Sarijan, Saudari Nadiah Binti Shahrum dan Saudari Norainil Hawa Binti Bahrin.

Penyediaan bahan persembahan yang dilaksanakan oleh kami telah mendapat sedikit bantuan kewangan dari pihak MOA dan juga bantuan “PROPS” dari Fakulti Kreatif dan Artistik yang banyak membantu. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana sudi menghulurkan bantuan terutamanya kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang mendidik kami dan membentuk serta mengajar kami untuk menjadikan persembahan kami sangat sempurna iaitu Puan Rafidah Binti Abdul Aziz. Jasa Puan dalam mendidik kami sangat kami hargai, semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Alhamdulillah ketika kejadian, program sangat berjalan dengan lancer, kegembiraan dari semua orang sangat terpancar terutama kanak-kanak yang gembira melihat aksi kami. Mizi selaku pencerita membawa watak sebagai “Pak Belang” dan rakan setugas Mizi, iaitu Nik Azwan membawa watak “Pak Kodok”. Kehadiran kami di sambut mesra oleh semua pihak, mahupun pihak yang menjalinkan hubungan kerjasama dengan MOA. Akhir persembahan sangat memberangsangkan sehingga kami akan di jemput sekali lagi untuk persembahan atau program yang akan datang. Nama Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA telah berlegar-legar sekitar Kementerian Pertanian Asas Tani membawa impak positif akan program ini.

Mizi dan rakan-rakan berharap agar program seumpama ini dapat di teruskan agar semua pelajar yang mengambil jurusan perpustakaan memdapat ilmu dalam membuat program bersama kanak-kanak. Akhir kata dari Mizi, naikkanlah nama Fakulti Pengurusan Maklumat agar kita lebih di kenali dan aktif dalam dunia industri, Semoga Allah merahmati segala usaha kami dan anda semua.Amin Ya Rabb.









No comments:

Post a Comment