Saturday, November 14, 2009

Tips Atasi Teman Lelaki yg Panas Baran


Tips ni mizi dapat dari rakan2.. ambil yang jernih, buang yang keruh k... huhuh selamat beramal...


1. Lebih baik mendiamkan diri ketika si dia sedang marah.


2. Kenalpasti punca-punca yang menimbulkan kemarahannya dan kalau boleh elakkan dari melakukannya.

3. Jika hendak menegur perlakuannya yang tidak kamu senangi, gunakan cara yang lembut dan penuh hikmah agar kemarahannya tidak berpanjangan.

4. Jangan layan sangat kemarahannya kerana jika si dia masih marah, kamu juga yang akan sakit hati nanti.

5. Kamu harus bersiap sedia jika awal sudah tahu si dia jenis yang panas baran ? ketahuilah cara-cara untuk berdepan dengannya.

6. kalau nak bercinta tu, pastikan si dia bukanlah dari jenis yang panas baran. Kalau si dia memang jenis yang panas baran, sabar sajalah dengan karenahnya.

7. Kalau susah sangat, tinggalkan saja. Tak susah-susah nak fikirkan tentangnya..

p/s: kredit pada kawan2 yang send tips ni pada mizi ya.... huhuhuh

No comments:

Post a Comment