Friday, February 6, 2009


Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupa jangan
Usah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan aku
supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi sebagai tarbiyah berpanjangan

Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah al-quran
Ketika radio penuh hiburan
Ketika televisyen penuh Hindustan

Tolonh ingatkan aku
Di mana Islam zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkatkan, diketatkan dan dijarangkan (untuk muslimah sahaja)
Tolong ingatkan aku
Jadi sahabat yang baik
Senantiasa memberi peringatan
Senantiasa menerima teguran
Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan Iman
Kelak ikatan dihindari syaitan
Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan
Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya jiwa diserahkan
Segala-galanya Dialah tumpuan
Tolong ingatkan aku walaupun aku masih ingat
tak semestinya aku ingat semuanya
Wahai Tuhan Ya Rabbil Alamin...
Ampuni dosaku insan yang kerdil ini...
Kerana tidak sempurna seperti Kekasihmu...Muhammad SAW
kerana aku insan biasa yang sering terlupa pada Mu..
kerana aku insan biasa yang sering terlupa pada Mu..

No comments:

Post a Comment