Assalamualaikum..
Hai kawan-kawan, Mizi nak kongsi sedikit cerita dan pengalaman.. ni tentang diri Mizi dan kawan rapat Mizi kat UiTM Segamat Johor..
Sekarang Mizi dan jadi seorang senior semester 4 dalam bidang Pengurusan Maklumat (Diploma In Information Management).. Mizi nak kongsi cerita Mizi sejak Mizi mula melangkah semester satu…
SEMESTER SATU…
Semester ni merupakan semester paling indah dan ceria buat Mizi… Mizi sangat SENGAL tentang dunia luar… Mizi tak pernah jauh dari keluarga… Tetiba dari Selangor..terus kene tinggal Segamat… mula-mula jadi bengong gak..huhuhuh tapi kawan-kawan yang membantu Mizi berubah..
Kawan kat kelas sangat sporting… walaupun ada Pasukan Sayap KIRI dan Pasukan Sayap KANAN,,, bagi Mizi dorang semua kawan Mizi.. Yang menjadi story dalam hidup Mizi ialah Kumpulan DRAMA…
Penubuhan Kumpulan…
Mizi seorang pelajar yang hyper… (kononyer).. Mizi selalu di panggil oleh senior.. Di sebabkan tekanan yang di hadapi… Mizi cerita masalah ni kat kawan-kawan seangkatan gan Mizi kat kolej.. Bermula dengan Firdaus.. dan kemudian Nik Azwan… hasil pertemuan kami mewujudkan keikhlasan untuk berkawan.. kami sangat jujur antara satu sma lain.. kami sering membicarakan masalah masing-masing… Segala masalah ketika semester satu adalah melibatkan senior.. kemudian tampil seorang lagi rakan yang bernama Ibnu Asakir.. kami semua membicara isu yang sama… Entah macam mana perbincangan dan perkongsian cerita sedih dan masalah ini berlarutan sampai la ada beberapa orang kawan seperti Afiq, Aizat, Loqman dan Azwan menjadi rakan untuk berkongsi cerita dan pengalaman… tempat pertemuan kami adalah di sebuah pondok kecil di bawah kolej.. kami selalu beborak sampai larut malam… ini bertujuan untuk hilang tension.. huhuhu
Tapi bila nak balik bilik masing-masing rasa berat hati.. Maka timbul satu idea untuk kitorang berlakon depan senior.. kebanyakkan senioriti di kolej membuatkan kami penat.. mau tak nyer.. kene mandi air sampah, pergi sana, pergi sini.. dan yang paling tak tahan kene orientake sampai pukul 5-6 pagi.. penat..cadangan ini yang membuatkan kitorng berDRAMA di depan senior.. ini lah kisah kami.. drama tu bukan satu yang plastic atau hipokrit.. tapi bagi kami ianya penting untuk menjaga kepentingan yang abadi… kami ada hak…
Untuk semester satu ni dah banyak Mizi belajar.. antaranya sikap jujur antara kami penting. Kemudian belajar untuk perkongsian ilmu dan pengalaman… dan yang paling seronok.. kawan-kawan Mizi ni yang bantu Mizi untuk develop diri Mizi kat UiTM.. Mizi jadi 1st Pengacara Majlis pun dh kene kutuk gan dorang.. Tapi dari kutukan itulah Mizi cuba berubah untuk menjadi insan yang baik di mata mereka..
Sekarang…
MIzi dengan kawan-kawan berganding bahu untuk menbantu antara satu sama lain.. Pengajaran dalam cerita Mizi ni…
· Cubalah menjadi seorang rakan yang baik
· Terima kritikan sebagai semangat untuk menbuat sesuatu dengan lebih baik.
· Jadilah seorang yang lebih bertanggungjawab, ini salah satu tiket untuk kita bawa ke akhirat nanti..
· Belajar dari kesilapan dan pengalaman orang itu penting
· Jangan menanggung masalah seorang diri kalau tak dapat menahan diri dengan bebanan..lepaskan..
· Berdikari penting untuk diri kita, walaupun keluarga penting tapi fikir akan masa depan kita dengan orang sekeliling
Baiklah Mizi harap kawan-kawan faham dengan cerita Mizi ni dan cubalah untuk kita berubah kearah yang lebih baik..Mizi teringat, Firman Allah,, tapi tak ingat Surah pe.. “ Allah tak akan ubah takdir hambanya melainkan hambanya berusaha untuk mengubah takdirnya sendiri..” walaupun dengan doa… itu yang Mizi faham la… Mizi bukan guru agama..Kalau yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu dtangnya dari diri mizi sendiri.. MAaf kalau ada yang tersinggung..
Wassalam…
No comments:
Post a Comment