Showing posts with label Fakulti Pengurusan Maklumat. Show all posts
Showing posts with label Fakulti Pengurusan Maklumat. Show all posts

Tuesday, December 11, 2012

Konvokesyen UiTM ke 77- Sidang 10 – Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Undang-undang



Gambar 1: HH menerima anugerah dari Pro-Canselor, Dato Wira


Gambar 2: Senyuman terukir tanda kegembiran di hati

Melakar sejarah apabila hari yang dinanti  telah pun tiba. Konvokation telah pun berlansung pada 28 November 2012, Rabu jam 7.30pagi di Dewan Agung Tunku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam. 

Penantian selama 2 tahun lebih ini telah membuahkan hasil apabila HH telah berjaya menamatkan pengajian dalam Kursus Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Maklumat dan Perpustakaan. 

Pada hari yang bersejarah ini, HH dihadiri oleh 2 insan terpenting dalam hidup HH iaitu ayahanda dan bonda tercinta. Kehadiran mereka bagaikan penyeri bagi hari penuh bermakna buat HH. Walaupun bonda dalam keadaan serba kekurangan tanpa kaki kanannya akibat pembedahan kencing manis pada tahun ini, namun bonda tetap gagah dan tabah meniti hari-hari bahagia buat anakanda bersama. Terima kasih bonda. I love you so much.
Gambar 3: Sempat bergambar keluarga, sehari sebelum konvo

Buat pengetahuan semua, HH telah menyediakan 7 jambak bunga untuk di hadiahkan kepada insan istimewa sepanjang HH belajar. Pertama sekali bunga yang paling besar adalah milik teman istimewa  D’Gojess Waras, pemberian bunga ini khas untuk D’Gojess kerana selama 5 tahun D’Gojess bersama susah, senang, suka, duka segalanya bersama HH dan D’Gojess. Susah untuk di terangkan, namun HH berasa gembira kerana kehadiran D’Gojess dalam hidup HH membawa berjuta erti dan terlalu bermakna. Walaupun banyak rintangan, dugaan dan cabaran yang menduga kami, namun D’Gojess masih tetap bersama HH untuk melayari badai menara gading. Ikatan yang telah tersimpul ini, biarlah terus tersimpul dengan kuat tanda kasih sayang antara teman selamanya. Kehadiran D’Gojess telah menjadikan HH diri sebenar dalam pencarian yang HH sendiri tidak pernah bertemu nokhtahnya. HH bangga dengan D’Gojess kerana HH menjadikan D’Gojess sebagai sumber inspirasi HH dalam segalanya. Susah untuk HH melupakan yang sebenarnya, yang terukir di bintang itu sebenarnya adalah teman sejati HH iaitu D’Gojessy. Beliau seorang bintang yang bersinar tatkala HH berada dalam kegelapan. CAhayanya membimbing HH dan membawa HH ke jalan yang di tuju.Terima kasih yang tak terhingga buat sahabat tercinta. NikAzwan Bin Nik Mustapha (D’Gojess Waras). Love you dear

Gambar 4: D'Gojess dengan Segulung Ijazah

Jambangan kedua HH hadiahkan buat rakan dan teman seperjuangan Si Rama-rama. Jambangan ini membawa erti penghargaan dan kasih kepada sahabat yang banyak memberi teguran, tunjuk-ajar dan bimbingan selama HH berada dalam kegelapan dan kebuntuan. Sukar untuk bertemu rakan yang mengasihi kita sehingga sanggup bersama, menegur dan membimbing kita untuk ke jalan kebaikkan, namun peluang itu telah dianugerahkan Ilahi buat HH dengan bertemu Si Rama-rama iaitu Nadiah Shahrum. Si Rama-rama bagi HH merupakan seorang insan yang sempurna, baik dari segi agama, perilaku, dan sikapnya, dari lubuk hati, HH sungguh mengagumi Si Rama-rama, berkaliber, bersifat pemimpin, rasional, gigih dan banyak lagi. Si Rama-rama merupakan ikon dan idola HH yang HH cukup kagumi. HH hanya mampu mendoakan si Rama-rama bahagia bersama insan tersayang dan berjaya di dunia dan akhirat. Semoga Allah pertemukan “apa yang si Rama-rama mencari”… Amin Ya Rabb..

Gambar 5: Kenangan bersama Pn.Zaina, Nadiah, En.Zaihan dan HH semasa di Kem Kepimpinan Gen-LIS

Jambagan ketiga, HH hadiahkan buat Mr.President. Banyak pengalaman dan cerita HH dengan Mr.President dari zaman diploma lagi, tak sangka hubungan HH sebagai seorang sahabat bersama Mr.President mula akhrab semasa HH berada di tahun 2 diploma. Mr.President seorang rakan dan teman seperjuangan yang HH buatkan menjadi musuh dan persaing HH, maksud HH bukan lah dalam aspek yang negative, tapi dalam aspek yang positif. Contohnya HH menjadikan Mr.President pesaing HH dalam belajar, berpesatuan dan banyak lagi. Sungguh menarik, kejayaan demi kejayaan HH berkongsi bersama Mr.President, Mr.President ni seorang yang sukakan persaigan, dan persaigan itu boleh di lihat dengan mendalami hatinya, tidak semua orang mampu mendalami hati Mr.President, adalah sebab musababnya, HH pun tidak mampu mendalami sepenuhnya, tapi bagi HH, Mr.President masih menjadi teman seperjuagan HH yang tidak akan HH lupakan. Mr.President merupakan seorang pendengar yang setia dan kawan yang sudi mendengar masalah kita. Bila HH berada dalam keadaaan yang sangan haru dan hambar, sayu dek menanti hujan mengalir.. Mr.President sanggup mendengar rintikan hutan itu. Terima kasih Mr.President, atau lebih dikenali dengan nama Mohd Arif Bin Hasnan.

Gambar 6: Kenangan bersama Mr.President SMF di Kursus Kepimpinan Organisasi

Gambar 7: Hanya sebagai kenangan
 
Tiga (3) jambagan seterusnya HH hadiahkan buat teman seperjuagan Ammar Hayat, Atikah Lotffi dan Alya Farahin. Mereka antara sabahat yang memberi berjuta makna buat HH, sanggup membimbing HH dan membawa HH ke jalan yang betul bagi melihat HH meraih kejayaan bersama. Tangisan tatkala HH memikirkan perpisahan ini, HH merasakan keikhlasan, dan kejujuran persahabatan antara kita telah membentuk hubungan suci ini. Kalian menjadikan HH sahabat dalam segalanya. Sepanjang HH bersama kalian HH sungguh gembira dan bahagia. Banyak susah senang kita bersama. Apa-apa pun HH mengucapkan terima kasih yang tak terhingga. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas kasih sayang kalian dan kesucian persahabatan kalian. HH gembira mengenali kalian. HH sayang kalian. Love you Ammar Hayat, Atikah Lotffi dan Alya Farahin (Apam Gebu).

Gambar 8: Atikah dan Alya ketika dalam perjalanan ke lawatan kelas ke Melaka

Gambar 9: Ammar Hayat ketika berlatih berlakon french
 
Jambangan terakhir HH hadiahkan buat adik junior yang baru meniti hari pengajian baru di UiTM Puncak Perdana dalam Sarjana Muda Pengurusan Sistem di Fakulti Pengurusan Maklumat. Nama diberi Hafidz. Bunga ini ku hadiahkan sebagai tanda ingatan dan pesanan buat adinda, perjalanan meniti kejayaan bukan bermula dengan kejayaan dan kesenangan, tapi bermula dengan kepayahan dalam langkah pertama untuk mencapai beribu langkah. Ingatlah adinda, hidup ini ada kalanya kita di atas, ada kalanya kita di bawah. Tatkala kita di atas jangan lah terlalu takbur dan menindas teman di bawah, namun bimbinglah teman yang lain berada bersama di atas, dan tatkala kita di bawah, tangisan satu kepastian tapi usaha alas menjadi tangga untuk kejayaan. Ingatlah adinda, Allah hanya menguji hambanya dengan kemampuan hambanya sendiri. Allah tidak menguji hambanya diluar batasan hambanya. Buat adinda, selamat maju jaya dan HH doakan adinda berjaya dengan penuh kenikmatan ilmu dan hari bahagia.

Setelah habis jambangan bunga, HH dan D’Gojess telah menyediakan hadiah istimewa buat insan yang tercukup ISTIMEWA dalam hidup kami. Tanpa beliau, pengajian kami di UiTM Puncak Perdana pasti tidak akan berseri. Susah senang, kami bersama insan istimewa ini. Beliau seorang pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat, beliau seperti ibu, kakak, teman dan sahabat tatkala kami bersama beliau. Beliau banyak memberi nasihat dan bimbingan untuk kami. Cinta, Kasih dan sayang beliau yang telah membentuk kami pada hari ini. Banyak kesedihan, kesusahan dan cabaran yang kami kongsi bersama. Biarpun dihalang oleh pelbagai tomahan dan cacian orang, namun beliau mempertahankan keikhlasan, kesucian, kasih sayang hubungan kami dengan beliau. Beliau merupakan IDOLA, IKON dan GURU kepada kami. Beliau adalah sumber inspirasi kami dalam segala bidang. Teringat pada pesanan beliau, apabila kami bekerja, jangan sesekali lupakan KELUARGA, kerana mereka ibarat “air yang di cincang tak akan putus”. Beliau banyak mencurahkan ilmu yang berjuta-juta kali kami menimba dan menerima. Menerima ilmu dari beliau ibarat menerima EMAS yang terlalu bernilai dan harga untuk tebusan dan balasannya, tiada nilai untuk kembalikan, kerana terlalu beharga. Buat Hot Mama tercinta, Puan Nor Zaina Zaharah Mohamad Ariff, terima kasih tak terhingga kerana sudi memilih kami insan yang serba kekurangan untuk hadir dalam hidup puan. Kehadiran kami seperti merundum banyak ujian dan cabaran dalam hidup puan, banyak tomahan, cacian dan dugaan melanda puan. Tapi puan ikhlaskan demi kasih dan sayang puan buat insan serba kekurangan seperti kami. Puan memang tiada tolok bandingnya. Kehadiran puan adalah tanda CINTA dari ILAHI buat kami. Kehadiran puan membawa berjuta makna dalam hidup kami. Perkenalan singkat ini menjadikan ikatan yang tersimpul ini akan terus tersimpul tanpa terungkai. Terima kasih CINTA kami, Puan Nor Zaina Zaharah Mohamad Ariff untuk segalanya. Sesungguhnya kami sayang dan cintakan guru yang terindah. Puan adalah GURU yang sempurna dan tiada tolok bandingannya. Terima kasih puan…

Dan untuk semua yang sahabat-sahabat handai.. thank you so much.. love all of you...

Gambar 10: Kami bersama insan tercinta: Puan Nor Zaina Zaharah

Gambar 11: Sempat bergambar kenangan, (dari kiri) HH, Nadiah Shahrum, Puan Nor Zaina Zaharah. Alya Farahin, Atikah Lotffi, dan D'Gojess Waras - Azwan Mustapha

Gambar 12: Meraikan segulung ijazah di Starbuck

Gambar 13: Gambar kenangan bersama rakan-rakan semasa mengambil jubah

Gambar 14: Bersama orang kuar fakulti, Kak Lin dan Bonda Noraini


Coretan dari HH, HH love all of you..

Thursday, December 6, 2012

Practical Student at NSTP Series II

Hye kawan-kawan, berkisah tentang NSTP, kami di kejutkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik sempena praktikal kami. Kebetulan, perancangan dan jodoh dari Ilahi, praktikal kami di temukan dengan Ramadhan.

Sepanjang Ramadhan, masa kami terisi dengan pelbagai aktiviti. contohnya:


Olympic Exhibition

Kami di bawa ke BSC (Bangsar Shopping Center) semasa awal bulan puasa bagi memenuhi kehendak praktikal dan pengisian kami. Namun kami menjadikan perjalanan yang di atur ini dengan lebih menarik dengan cara kami melakukan exhibition ini dengan cara kami yang lebih creative. Tujuan pameran ini adalah untuk memberi kesedaran tentang NIB, dan kewujudan NSTP-RC. Sebagai selingan, kami menawarkan pendaftaran percuma untuk menggunakan NIB dan mendapatkan bahan berita secara percuma melalu NIB. Lebih menarik, kami seolah-olah graduan marketing atau masscom, kami mempromosikan NIB dan buku ciptaan NSTP-RC (Lat's Collection, Tunku Abdul Rahman dan Nation Hood) dengan cara kami tersendiri. Kami mendapat lambakkan Dato-dato, bekas atlet, pengguna shopping center tersebut singgah ke booth kami, cukup mengembirakan. :) apapbila kami berjaya melakukan sales :)

Gambar 1: Antara liputan berita yang menggunakan panel NSTP-RC mengenai Olympic

Gambar 2: Sebahagian krew penyiaran

Gambar 3: Pengurus NSTP-RC (En.Ramlan Ramli) ketika bertemu bekas atlit Malaysia

Gambar 4: Sebahagian kecil lokasi pameran

Gambar 5: En. Ramlan Ramli menerangkan mengenai NIB dan Olympian Exhibition kepada tetamu yang hadir

Gambar 6: Antara bekas atlet negara yang turut hadir, bergambar sebagai kenangan

Lawatan Akademik dari Lim Kok Wing

Setelah selesai dengan pameran di BSC itu, beberapa hari selepas itu, kami di hadiri tetamu khas ke NSTP-RC, iaitu tinjauan dari anak pemilik Lim Kok Wing bersama mahasiswa dari Lim Kok Wing. Sebelum pertemuan itu di atur, kami di arahkan untuk mencari sedikit sumber mengenai Lim Kok Wing IPTS. Kami perlu mencari bagaimana mereka dapat melihat kepentingan RC kepada dunia pengajian mereka. Kami dan rakan-rakan RC telah berjaya menghimpunkan gambar, keratan akhbar mengenai Lim Kok Wing IPTS story. Pengurus NSTP-RC, En.Ramlan Ramli memainkan peranan penting dalam menyambut kehadiran tetamu dan memberi penerangan serba sedikit mengenai pengunaan NSTP-RC.

Gambar 7: Tekun mahasiswa Lim Kok Wing mendengar penjelasan En.Ramlan Ramli


Gambar 8: Penuh dan sesak menyaksikan serangan mahasiswa berjaya ini

Gambar 9: Gembira menyaksikan berita mereka di keratan akhbar NSTP, BH dan Metro

Gambar 10: Mengamit memori apabila salah seorang dari mereka menyaksikan gambar mereka di dalam koleksi NSTP-RC

Gambar 11: Layanan dan penjelasan, datangnya dari NSTP-RC

Gambar 12: Pelajar Internasional juga tertarik dengan NST
 Lawatan Khas dari Timbalan Perdana Menteri (TPM): Dato Muhyiddin Yassin bersama Isteri: Datin Norainee

Kami dikejutkan dengan berita kehadiran TPM ke NSTP, dan dikhabarkan berminat ingin singgah ke NSTP-RC gara-gara keseronokkan dan pujian melambung dari Perdana Menteri Malaysia (Dato Najib Bin Tun Abdul Razak) selepas singgah ke NSTP sebulan yang lalu. Menurut Dato Najib, NSTP-RC ibarat lombong EMAS yang tidak boleh disia-siakan. Segala fakta dan berita terkini datangnya dari penerbitan harian surat kabar. Mernurut Dato Najib. NSTP seharusnya berbangga kerana NSTP-RC memiliki pentadbiran dan koleksi yang sungguh menarik. "Laporan Berasaskan Fakta" kata PM dalam ucapannya (http://www.facebook.com/photo.php?fbid=452237368142289&set=pb.100000680906685.-2207520000.1354843853&type=3&theater)

TPM, Dato Muhyiddin hadir bersama isteri bagi merapatkan hubungan dengan pihak pengurusan NSTP secara keseluruhannya dalam majlis berbuka puasa bersama warga NSTP. Kehadiran TPM membawa seribu erti apabila melangkah ke gerbang NSTP-RC, wajah kegembiraan warga RC menampakkan keserian pada saat itu. Melihat pada keratan akhbar, gambar dan pelbagai lagi koleksi TPM, Isteri dan keluarga, sungguh mengagumkan dan memeranjatkan kata Datin Norainee, katanya suatu hari nanti, beliau ingin semua gambar koleksi keluarga beliau untuk di jadikan simpanan peribadi dan kenang-kenagan.

Majlis berbuka puasa bersama TPM turut serta kanan-kanak dari rumah anak yatim dan persembahan ghazal dari luar.

Gambar 13: Persediaan sementara menanti kehadiran TPM

Gambar 14: Kehadiran TPM di sambut girang oleh En.Ramlan Ramli

Gambar 15: Gembira menyaksikan gambar keluarga dan isteri-TPM

Gambar 16: Keterujaan Datin Norainee menyaksikan gambarnya

Gambar 17: Gembira menyaksikan kejayaan keluarga dan suami


Gambar 18: Antara persiapan menanti TPM bagi majlis berbuka puasa

bersambung selepas ini :)

HH love you all



Friday, November 30, 2012

Practical Student at NSTP Series I


Hari ini HH nak berkongsi cerita mengenai jamuan perpisahan sempena Pelajar Praktikal Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM di New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Resource Centre (NSTP-RC). Siapa lagi kalau bukan HH dan D’Gojess Waras.

Perjumpaan pertama bersama NSTP-RC adalah pada 20hb July 2012, perjumpaan ini merupakan lapor diri bagi pelajar praktikal yang berkaitan. Kami di bawa terus ke Editorial Support Service (ESS) bagi perjumpaan bersama Ketua Bahagian ESS, iaitu Tuan Haji Shukor Ali.

Gambar 1: Antara koleksi "Clipping" yang di simpan di "Engineering Store"

Gambar 2: Antara Index ringkas untuk "Paper Cutting"

Gambar 3: Antara koleksi gambar dari tahun 70an

Gambar 4: Envelope Firs Day Cover (Keluaran selepas MERDEKA)


Gambar 5: Antara subjek logo yang ada. Institut Teknologi MARA yang kini dikenali Universiti Teknologi MARA

Gambar 6: Koleksi kumpalan surat kabar Berita Harian dan sebagainya
Gambar 7: Antara koleksi yang masih digunakan- Microfiche


Gambar 8: "Exhibition Board" yang direka khas oleh Executive RC- En. Zahili

Gambar 9: Melihat koleksi gambar Dato Muhyiddin Yassin sempena lawatan khas Timbalan Perdana Menteri bersama isteri Datin Nuraine ke NSTP-RC

Kehadiran kami di sambut baik oleh mereka dan di maklumkan agar kami terus kekal dan menabur bakti di NSTP-RC untuk kejayaan dan kebangkitan NSTP-RC. Beliau berkata, kami amat mengalu-alukan kedatangan generasi muda yang membawa Gen Y ke dalam ESS, ini bertujuan membawa idea dan perubahan yang selari dengan pekembangan teknologi dan isu semasa.

Setelah kata-kataTn. Hj. Shukor Ali, kami di bawa berkenalan dengan rakan-rakan dari ESS, di mana kami di kenalkan dengan belasan pekerja dari bahagian ESS, seterusnya kami di bawa terus kepada unit yang di tuju iaitu Unit Resource Center yang berada di bawah pentadbiran ESS.

En. Ramlan Ramli merupakan pengurus RC untuk tahun ini dan seterusnya, perjumpaan dengan beliau membuahkan rasa cinta dan bersemangat terhadap RC. Mengapa? RC yang diwujudkan ini memberi seribu makna buat pengguna dalam dan luar, banyak aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak RC bagi memberi kesedaran terhadap Perpustakaan, Pusat Sumber dan News and Images Bank (NIB).

NIB

Ini merupakan salah satu product yang diperkenalkan dibawah pentadbiran ESS dan rakan kerja NSTP yang lain. Selain product NST seperti E-paper yang di perkenalkan mengabungkan Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times, namun kejayaan NIB juga patut di banggakan kerana pihak RC telah melakukan usaha besar dalam memberi pendedahan kepada pengguna di luar sana J.

News & Image Bank adalah pencarian surat kabar secara atas talian dalam mencari Artikel Berita, Gambar, dan salinan PDF yang telah diterbitkan oleh The News Straits Times Press (M) Berhad (NSTP)

Koleksi NIB

NB menyimpan:
*New Straits Times (including Life &
  Times, Streets, Learning Curve, Niexter,
  Supplements, Property, Tech & U),
* New Sunday Times,
* Business Times,
* Berita Harian, Berita Minggu (Malay)
* Harian Metro, Metro Ahad (Malay),
* Sunday Mail, Malay Mail & Weekend
   Mail (till April 2008)


Penerbitan

#The Text Archive for the English &   
   Malay dailies goes back to 1994
# Malay Mail Page Archive (2004-2008)
# Sunday Mail Page Archive (2004-2006)
# Weekend Mail Page Archive (2006-
   2008)
# Business Times, New Straits Times,
   Berita Harian and Harian Metro Page   
   Archive (2004 till current)

Sunday, November 25, 2012

Develop Your SOFT SKILLS


TO BE successful in a particular job or businesses, you have to focus on developing your soft skills.

Acquiring good soft skills is the key ingredient for anyone wanting to achieve great success in business and in life. Below are some tips on how to improve your soft skills.

STEPS
1 Develop good communication skills.
Learning to communicate effectively is a lifelong process. By communicating well, you are ensuring the other person understands you and you understand them. It is a skill that plays an important aspect in our life, to establish a good relationship with others.
Picture 1: HH Practice communicate with Generation Library Information Society (GenLIS) in Special Project Meeting

2 Make eye contact.
Whether you are speaking or listening, looking into the eyes of the person you are speaking to, makes the interaction more successful. Eye contact conveys interest and encourages your partner to be interested in you in return. Body language can say so much more than a mouthful of words. An open stance with arms relaxed at your sides tells everyone around that you are approachable and open to hearing what they have to say. Arms crossed and shoulders hunched, on the other hand, suggests disinterest in conversation or unwillingness to communicate.
Picture 2: HH being Master Ceremony at National Library for Yuna (artist) and Faculty Information Management Lecturer (Pn. A'dilla Mustaffa) slot

3 Speak with clarity and purpose.
The purpose of your communication should be clear from the beginning. An appropriate tone and volume can inform listeners you mean what you say, you have thought about what you are saying, and what you are saying is worth hearing.
4 Develop your writing skills.
Proofread your emails, letters, and notes. Learn correct spelling and word usage.
Vary your sentence structures. Be concise instead of elaborate.
5 Listen intently.
Not only should one be able to speak effectively, one must listen to the other person’s words and engage in communication on what the other person is speaking about. Listening requires focus and self-discipline.
We listen for many different reasons: to understand instructions, to empathize with another individual, or to judge whether a plan is good or not.
6 Ask questions.
Good questioning can ensure your understanding in a conversation. Make your questions open-ended, or come out with questions that require more than a one-word response. Take notes when appropriate. This shows that the subject matter is important to you. Practice taking notes in team meetings or staff training sessions. Do not interrupt other people. Respect them by letting them finish saying what they are saying. Pay attention to the other person’s body language. Observe their posture, tone of voice, eye contact (or lack thereof), gestures, and facial expressions.
7 Build relationships.
Interpersonal skills are important in the workplace, especially since so many organizations are designed around teams and departments. Seek to build friendship with peers, supervisors, clients, and business partners. Network with people inside and outside your organization. Ask people about their jobs. Share a bit about what you do. Note connections and ways you can potentially help each other. Exchange contact information and be sure to follow up with them.
Picture 3: HH build relationship with secondary school students from Dato' Hishamuddin's Special Programs

8 Take initiative.
Demonstrate responsibility and enthusiasm at your job by striving to go the extra mile. Do tasks without being asked by someone else. Look around, see what needs to be done, and do it. If a co-worker has a large project and you have some time on your hands, volunteer to help. Seek more challenging work. Strive to develop your technical skills and learn more about your organization.

Credit to 1Klassifieds team

Tuesday, November 13, 2012

RFID Tagging Project di RTM

Pada Febuari yang lalu, saya telah mengetuai sekumpulan pelajar seramai 25 orang pelajar dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Perdana telah menjayakan RFID tagging project yang telah di uruskan oleh WaveTech (M) Sdn. Bhd di bawah pengelolaan Perpustakaan Radio Televison Malaysia.

Dalam project ini, saya selaku pengurus telah merancang, mengurus dan melaksanakan pelbagai plan dan tindakan bagi mencapai target yang telah di rancang di mana dalam masa 16 hari, kami perlu menghabiskan segala tagging RFID sebanyak 100 ribu "tape" (Audio Visual Collection). Namun kejayaan yang membanggakan dari rakan produksi kami, telah menjayakannya awal 2 hari :) Tahniah di ucapkan.

Sepanjang perjalanan menjayakan project ini, telah banyak ujian dan rintangan yang terpaksa Mizi dan rakan-rakan harungi, pertamanya koleksi dari RTM tersebut, di mana koleksinya berhabuk dan berbau kimia, agak bermasalah bagi kami mengatasi masalah ini kerana pihak Library RTM sendiri kurang mengambil inisiatif ini untuk mengatasi msalah habuk dan kimia ini. Yang keduanya kerjasama dari pengurusan Perpustakaan RTM. Susah untuk bekerjasama dengan mereka yang benar-benar mahir tentang perpustakaan, sokongan padu sungguh sifar. Kami terpaksa merekodkan segala tindakan kami sebagai bukti kami telah melaksanakan segalanya, jika tidak kami di persalahkan atas ketidak bertanggungjawab kami. Contohnya rekod keluar masuk pita dan kotak, penggunaan pita selari dengan kerja kami untuk di tagging kan, namun apabila pihak Perpustakaan mengambilnya tanpa merekodkan, menjadi masalah pada kami apabila sesi pemulangan, pekerja perpustakaan ini mencampurkan segala tape yang telah di tagging dengan yang belum. Alhamdulillah usaha bagi mengatasi masalah ini berjaya apabila saya dan rakan-rakan mengunakaan kaedah yang lebih sistematik dalam bentuk rekod. Alhamdulillah.

Yang ketiganya masalah psycho dari kalangan pekerja RTM itu sendiri, ada yang tidak kene mengena dengan project ini, tetiba datang nak ganggu kerja kami dan memarahi rakan-rakan saya. Contoh paling mudah adalah, apabila production sedang di jalankan, bagi mengejar target, rakan-rakan pasti berada dalam keaadaaan stress, apabila salah seorang staff RTM sendiri buka TV tiap-tiap pagi bagi menyaksikan rancangan hiburan mereka, kami tidak sesekali melarang dan mengganggu rutin mereka, namun menjadi isu apabila rancangan yang di pasang lalu kami saksikan bersama, secara tiba-tiba staff perpustakaan lain datang mengatakan tempat kerja itu tidak di benarkan memasang TV, malah di katakan kami tidak di benarkan sesekali buat bising dan pegang harta RTM. Kami terkesima seketika, tatkala kalian bekerja dengan penuh hiburan dan kenikmatan, kami di seksa bagaikan berada di neraka di tambah dengan tuduhan yang membabi buta, patutkah? Tindakan ini dapat di atasi apabila pintu utama kami kunci dan kami hanya menggunakan pintu alternatif dan notis di tampal bagi semua staff tidak mengganggu segala urusan dalam masa tertentu. Alhamdulillah. Harap hal sedemikian tidak akan berlaku di pengurusan perpustakaan RTM tersebut.

Post saya ini bukan untuk memburukkan mana-mana agensi kerajaan atau perpustakaan, lebih-lebih lagi Perpustakaan RTM itu sendiri, saya berharap dengan post yang saya lakukan ini menjadi iktibar dan pengajaran untuk semua. Malah di ambil sebagai tindakan yang positif bukan hanya memandang pada sudut yang negatif. Saya berani kerana benar, dan bukan saya sahaja yang mengalaminya, ramai yang berada di luar sana mengalami masalah yang sama. Walaupun perpustakaan ini hanya di gunakan dari segi internal, namun user internal juga perlu di hormati dan di hargai.

Sebelum mengambil tindakan yang bukan-bukan, saya tanya kembali persoalan yang berbalik kepada sesiapa yang terasa.. Tolonglah.. ukur baju di badan sendiri, sebelum menjahit baju untuk diri dan orang lain... apa-apa pun saya memohon ribuan ampun dan maaf kepada seluruh producsi, WaveTech (M) Sdn. Bhd, Perpustakaan RTM dan seluruhnya jika ada kata-kata saya ini menyinggung mana-mana perasaan. Love you all-HH

HH dan all produksi di Special Project RFID Tagging at Perpustakaan RTM

HH dan Alya (My classmate)

One of work station in RTM Library

Get opportunity be in camera lens by crew RTM

Belajar merakam, Julia, Ilya Nur Fatin and HH

HH apabila ceria :)

Work station at Broadcast RTM Library and Archive

Produksi di taman International Broadcast Centre

Me with my produksi :). Alin, HH and Izzati Roshika

Sempat merakamkan kenangan bersama Props Olympian 2012

Berada di International Broadcast Centre (IBC)  di saksikan oleh Ain Shuhada

Sebahagian dari koleksi RTM di IBC